PENDAKWAH PERLU BERDAKWAH DENGAN ILMU, HIKMAH DAN AKHLAK MULIA – MOHD NA’IM
Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, tugas dakwah bukanlah mengajak orang untuk bergaduh dan bermusuhan. Dakwah juga tidak boleh dengan cara sindiran, cacian, makian apatah lagi merendah-rendahkan orang lain.
PUTRAJAYA: Golongan pendakwah diingatkan agar menyampaikan dakwah dengan adab, hikmah dan akhlak mulia bagi memastikan mesej Islam diterima dengan baik oleh masyarakat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Beliau berkata kejadian yang tular di Indonesia melibatkan seorang pendakwah yang menyindir seorang penjual teh baru-baru ini, seharusnya menjadi pengajaran kepada semua untuk menjaga keperibadian dan akhlak dalam berdakwah.
“Tugas dakwah bukanlah mengajak orang untuk bergaduh dan bermusuhan. Dakwah juga tidak boleh dengan cara sindiran, cacian, makian apatah lagi merendah-rendahkan orang lain.
“Dakwah itu perlu dengan ilmu, hikmah disulami dengan senyuman serta akhlak budi yang memikat hati,” katanya dalam ucapan pada Majlis Anugerah Pendakwah Negara (APN) sempena Kemuncak Program Dakwah Negara 2024 di sini hari ini.
Merujuk surah An-Nahl, ayat 125, Mohd Na’im berkata Allah telah menetapkan panduan adab berdakwah yang harus diikuti iaitu berdakwah secara berhikmah, memberikan nasihat dan pengajaran yang baik serta berinteraksi atau berdialog dengan cara yang baik.
Mengulas insiden yang tular itu, beliau berkata walaupun pendakwah berkenaan telah meminta maaf kepada penjual teh, kejadian itu tetap menjadi peringatan kepada semua pihak.
“Walau setinggi mana ilmu atau ijazah kita, tetapi sekiranya akhlak kita pincang, ia tidak membawa apa-apa erti, dan kita tidak mampu menjadi qudwah atau teladan kepada orang,” katanya.
Baru-baru ini tular video memaparkan seorang pendakwah menghina seorang penjual teh ais dengan mengeluarkan perkataan biadap terhadap lelaki berkenaan semasa berceramah di wilayah Jawa Tengah, Indonesia, namun pendakwah itu kemudiannya dikatakan telah berkunjung ke rumah peniaga berkenaan dan memohon maaf.
Mohd Na’im seterusnya menekankan bahawa tugas dakwah tidak boleh dijalankan dengan cara yang menimbulkan perpecahan atau permusuhan dalam kalangan masyarakat.
“Inilah tanggungjawab kita sebagai pendakwah untuk menjadi qudwah kepada masyarakat,” katanya, sambil berkata beliau berharap semua pendakwah akan terus komited dalam menyampaikan mesej Islam secara berkesan, menjaga adab dan menjadikan dakwah sebagai jalan membawa kebaikan kepada umat manusia.
Program APN 2024 anjuran Yayasan Dakwah Islamiyah (YADIM) hari ini bertujuan menghargai jasa dan pengorbanan pendakwah dalam melestari gerakan dakwah, dangan edisi kedua tahun ini meraikan 13 pemenang daripada pelbagai kategori melibatkan individu, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan.
Mohd Na’im turut melancarkan buku “Nooh Gadot Tokoh Pendakwah Tersohor Johor” pada program hari ini. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked