Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bercadang melaksanakan tindakan lucut hak kenderaan bagi kesalahan berulang melibatkan perkhidmatan sewa kereta haram atau ‘prebet sapu’.
SEPANG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bercadang melaksanakan tindakan lucut hak kenderaan bagi kesalahan berulang melibatkan perkhidmatan sewa kereta haram atau ‘prebet sapu’.
Timbalan Ketua Pengarah JPJ (Perancangan dan Operasi) Datuk Jazmanie Shafawi berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Peguam Negara (AGC) sejak tiga bulan lepas sebagai cara memutuskan kitaran pesalah berulang ini.
“JPJ telah mencadangkan kepada AGC mengenai pelucutan hak kenderaan yang digunakan pengusaha perkhidmatan sewa kereta haram atau ‘prebet sapu’. Kami mengharapkan keputusan yang baik,” katanya pada sidang media Ops Ulat di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam tadi.
Sepanjang tempoh Ops Ulat diadakan bermula 25 Nov hingga semalam, JPJ telah menahan 15 individu disyaki memujuk atau mendesak bagi maksud menawarkan perkhidmatan berkaitan tanpa kuasa yang sah, selain merampas 15 kenderaan termasuk sedan mewah, kenderaan pelbagai guna dan van.
Jazmanie berkata berdasarkan pemerhatian, kebanyakan pengusaha perkhidmatan sewa kereta haram ini mampu memperoleh pendapatan RM10,000 hingga RM30,000 sebulan.
Beliau berkata pihaknya menjalankan risikan terlebih dahulu sebelum anggota JPJ menyamar sebagai penumpang untuk menangkap pengusaha perkhidmatan sewa kereta haram terbabit semasa menjalankan aktiviti itu.
“Individu yang ditahan membabitkan 11 warga tempatan serta seorang lelaki warga Pakistan dan tiga lelaki warga Bangladesh,” katanya.
Jazmanie berkata sejak 2022 hingga 3 Dis tahun ini, pihaknya telah menahan 469 pengusaha perkhidmatan sewa kereta haram serta mengeluarkan denda lebih RM1.66 juta terhadap mereka.
“Sepanjang tahun ini hingga 3 Dis, JPJ sudah menahan 178 pengusaha dan mengeluarkan denda berjumlah RM554,900,” katanya.
Beliau berkata kebanyakan pengusaha menyasarkan warga asing yang tidak mengetahui kadar tambang teksi sepatutnya dibayar.
“Siasatan kami mendapati mereka mengenakan bayaran RM100 untuk perjalanan dari KLIA ke hotel di Kota Warisan, Sepang dan RM300 bagi setiap perjalanan ke Kuala Lumpur,” katanya.
Beliau turut menasihati orang awam supaya menggunakan perkhidmatan pengangkutan yang sah atau membuat tempahan melalui aplikasi e-hailing supaya tidak terjerat dalam perkhidmatan ‘ulat’. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked