Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KANAK-KANAK ENAM TAHUN CEDERA DILANGGAR KERETA KETIKA MELINTAS JALAN

DALAM NEGARA

KANAK-KANAK ENAM TAHUN CEDERA DILANGGAR KERETA KETIKA MELINTAS JALAN

Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun cedera selepas dilanggar sebuah kereta dalam kejadian langgar lari di Jalan Susur Larkin Perdana 2, Johor Bahru, Selasa lepas.

JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun cedera selepas dilanggar sebuah kereta dalam kejadian langgar lari di Jalan Susur Larkin Perdana 2, Johor Bahru, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata kejadian berlaku pada pukul 8 malam semasa kanak-kanak itu yang bersama bapa saudaranya, melintas jalan.

“Kanak-kanak itu mengalami kecederaan di bahagian tulang belikat kanan serta luka-luka di bahagian muka, dan sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata pemandu kereta disyaki melarikan diri selepas kejadian, dan kes disiasat mengikut Peraturan 41 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 iaitu pejalan kaki cuai melintas jalan.

Raub berkata rakaman video kejadian turut tular di media sosial dan beliau memohon agar saksi kejadian tampil memberi keterangan di Balai Trafik Johor Bahru Selatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Wan Nuralia Asyikin Wan Ibrahim dengan menelefon 018-9614064. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading