Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENGARAH ORKESTRA TRADISIONAL MALAYSIA MENINGGAL DUNIA

DALAM NEGARA

PENGARAH ORKESTRA TRADISIONAL MALAYSIA MENINGGAL DUNIA

Pengarah Orkestra Tradisional Malaysia Mohd Yazid Zakaria dilaporkan meninggal dunia, pada tengah hari tadi.

KUALA LUMPUR: Pengarah Orkestra Tradisional Malaysia Mohd Yazid Zakaria dilaporkan meninggal dunia, pada tengah hari tadi.

Allahyarham dilaporkan rebah semasa menerima rawatan di klinik sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.

Jenazah Allahyarham kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban bagi mengesahkan punca kematian.

Baru-baru ini Allahyarham telah mengetuai persembahan orkestra pada Majlis Makan Malam Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, di Kuala Lumpur.

Allahyarham juga telah dinobatkan Anugerah Tokoh Pekerja Negara Perkhidmatan Awam (Kumpulan Pengurusan dan Profesional) sempena Sambutan Hari Pekerja 2024.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading