Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENGECUALIAN BAYARAN BAGI JEMAAH HAJI BUAT UJIAN COVID-19 DI FASILITI KKM

DALAM NEGARA

PENGECUALIAN BAYARAN BAGI JEMAAH HAJI BUAT UJIAN COVID-19 DI FASILITI KKM

Khairy berkata jemaah haji boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Pejabat Tabung Haji Daerah untuk mendapatkan maklumat lanjut termasuk senarai fasiliti kesihatan KKM yang menyediakan perkhidmatan ujian pengesanan COVID-19 RT-PCR.

Gambar hiasan –Sumber: BERNAMA

PUTRAJAYA: Ujian pengesanan COVID-19 tindak balas berantai polimerase (RT-PCR) bagi jemaah haji Malaysia yang dilakukan di fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) adalah dikecualikan daripada bayaran, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

“Dilaksanakan secara percuma,” katanya mengumumkan perkara tersebut dalam satu kenyataan hari ini.

Khairy berkata jemaah haji boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Pejabat Tabung Haji Daerah untuk mendapatkan maklumat lanjut termasuk senarai fasiliti kesihatan KKM yang menyediakan perkhidmatan ujian pengesanan COVID-19 RT-PCR.

Bagi jemaah haji yang memilih untuk menjalani ujian pengesanan COVID-19 di fasiliti kesihatan swasta, kos ujian tersebut perlu ditanggung sepenuhnya oleh jemaah tersebut mengikut caj yang dikenakan oleh fasiliti kesihatan swasta yang dipilih, katanya.

Kerajaan Arab Saudi memperuntukkan kuota haji sebanyak 14,306 orang jemaah haji kepada Malaysia pada tahun ini.

Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan bahawa semua jemaah haji perlu disahkan negatif COVID-19 menerusi ujian pengesanan RT-PCR dalam tempoh 72 jam sebelum ketibaan di Tanah Suci. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading