PT3 DIMANSUH, KPM PERKASA PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
“Walapun tiada penilaian pusat (PT3), pelajar tingkatan satu, dua dan tiga akan menduduki ujian akhir tahun dengan menggunakan bank soalan yang disediakan KPM bagi semua mata pelajaran,”
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin ketika sidang media khas di Auditorium Kompleks E hari ini. –fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin hari ini mengumumkan bahawa ujian Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang diperkenal pada 2014 dimansuhkan mulai tahun ini.
PT3 sebelum ini tidak dilaksana pada 2020 dan 2021 ekoran pandemik COVID-19.
Radzi berkata Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperkukuh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang mengandungi tiga komponen iaitu Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
“Walapun tiada penilaian pusat (PT3), pelajar tingkatan satu, dua dan tiga akan menduduki ujian akhir tahun dengan menggunakan bank soalan yang disediakan KPM bagi semua mata pelajaran,” katanya pada sidang media mengenai pemansuhan PT3 di sini.
Di bawah PBD, Radzi berkata pentaksiran secara formatif serta sumatif akan dilaksana merangkumi pemerkasaan program latihan untuk guru dan pentadbir bagi memantapkan pelaksanaan pentaksiran berterusan (formatif) di sekolah.
Beliau berkata bagi pentaksiran sumatif pula, ia bertujuan memantapkan ujian akhir sesi akademik untuk semua mata pelajaran di peringkat menengah rendah dengan pelaksanaan ujian yang lebih fleksibel.
Katanya ujian akhir sesi akademik atau pentaksiran sumatif akan dilaksana dalam sesi akademik 2022/2023 bagi pelajar tingkatan satu, dua dan tiga.
Radzi berkata pentaksiran sumatif turut melibatkan pelajar tahun empat, lima dan enam dengan set soalan akan disediakan oleh KPM bagi lima mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah, juga bagi sesi akademik 2022/2023.
“Soalan untuk mata pelajaran lain bagi murid tahun empat hingga enam ini akan disediakan oleh guru,” katanya.
Radzi berkata pelaporan PBD akan dibuat secara menyeluruh dua kali setahun iaitu pada pertengahan sesi akademik serta akhir sesi akademik, menggunakan deskriptor bagi tahap penguasaan (TP1-TP6) yang komprehensif dan jelas selain ulasan daripada guru kelas dan guru mata pelajaran.
“Pelaporan pertengahan sesi akademik akan mula dilaksana bagi sesi 2023/2024 manakala pelaporan akhir akan bermula pada sesi akademik 2022/2023,” katanya.
Ditanya mengenai penilaian pelajar yang ingin ke sekolah khusus ketika Tingkatan Empat, Radzi berkata mereka perlu menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).
“Begitu juga dengan pemilihan aliran Sains dan Sastera bagi Tingkatan Empat di sekolah biasa, perbincangan akan diadakan dengan guru, murid serta ibu bapa dan pelaporan PBD akan membantu penetapan aliran kelak,” katanya.
Sekolah khusus terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD). –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager