KUALA LUMPUR: Kerajaan diharap dapat mengapungkan harga ayam yang kini ditetapkan pada RM8.90 sekilogram, susulan penamatan subsidi 60 sen setiap kilogram kepada penternak sejak 5 Feb lepas.
Pengarah Ayam Bismi Empire Sdn Bhd (Ayam Bismi) Mazlina Kamaruddin berkata penamatan subsidi itu sudah dijangka kerana menurut pengumuman asal Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), subsidi tersebut diberikan hanya sehingga bulan ini.
“Kita pun sebagai penternak tak akanlah nak berharap kerajaan memberi subsidi sepanjang perniagaan kita.
“Cumanya saya berharap apabila subsidi tidak lagi diberikan, harga ayam dapat diapungkan, dengan tamatnya subsidi, tamatlah juga harga kawalan,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata sekiranya langkah untuk menamatkan subsidi itu disertakan dengan pengapungan harga ayam, konsep permintaan dan penawaran akan menentukan harga ayam dari semasa ke semasa.
Beliau turut bersetuju dengan tindakan kerajaan untuk menyalurkan subsidi tersebut secara langsung kepada rakyat yang lebih memerlukan dengan harapan bantuan tersebut akan kembali kepada penternak dalam bentuk pembelian ayam.
Ditanya mengenai laporan media bahawa terdapat dalam kalangan penternak yang tidak menuntut bayaran subsidi, Mazlina berkata ia satu kenyataan yang kurang tepat.
“Dengan keadaan penternak yang jual di bawah kos RM8.90 harga runcit dan harga ayam hidup RM6.05, juga harga bawah kos, jadi semestinya penternak akan menuntut dan membuat permohonan subsidi itu.
“Rakan-rakan kami di seluruh Malaysia, apabila ditanya, semua membuat tuntutan subsidi cumanya tuntutan itu dihantar kepada pejabat daerah seterusnya ke pejabat negeri sebelum dihantar ke Putrajaya, jadi di mana missing link itu, kami tidak tahu,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penternak Ayam Negeri Selangor (PPANS) Idrus Zainal Abidin berkata kenaikan harga bahan menjadikan kos pembinaan reban ayam semakin tinggi.
“Dua tahun dulu saya buat reban saya untuk kapasiti 80,000 ekor ayam hanya RM1.6 juta sahaja, kalau tengok (kenaikan) harga besi sudah jadi RM2 juta sekarang.
Katanya hampir mustahil untuknya membina lagi reban kerana banyak syarat dan cukai yang dikenakan ke atas penternak. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests