Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PESARA TENTERA TIKAM MATI ISTERI DIREMAN TUJUH HARI

DALAM NEGARA

PESARA TENTERA TIKAM MATI ISTERI DIREMAN TUJUH HARI

Mayat wanita itu ditemukan di bilik tidur kediaman berkenaan dalam keadaan berlumuran darah dan ditutupi dengan selimut tebal, selepas suspek tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis, pada kira-kira pukul 10 pagi. 

Sumber Gambar: BERNAMA

KANGAR: Seorang pesara tentera yang dipercayai menikam mati isterinya dengan sebilah pisau di kediaman pasangan itu di Jalan Padang Nyu, Arau, semalam, direman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Mahkamah Kangar Siti Nor Hasliza Md Ali bagi membantu siasatan kes itu.

Terdahulu, suspek berusia 38 tahun yang berpakaian lokap dan bergari tiba di pekarangan mahkamah dengan kenderaan polis pada pukul 8.30 pagi.

Semalam, media melaporkan seorang lelaki ditahan kerana disyaki menikam mati isterinya, 31 tahun dengan sebilah pisau dalam kejadian pada kira-kira 6 pagi.

Ketua Polis Daerah Arau Supt Ahmad Mohsin Md Rodi berkata mayat wanita itu ditemukan di bilik tidur kediaman berkenaan dalam keadaan berlumuran darah dan ditutupi dengan selimut tebal, selepas suspek tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis, pada kira-kira pukul 10 pagi. 

Mangsa, seorang jururawat dipercayai ditikam pada bahagian dada kiri dan tikaman sedalam kira-kira dua sentimeter dikesan pada tubuhnya.

Ahmad Mohsin berkata suspek dipercayai bergaduh dengan isterinya akibat cemburu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading