Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DEWAN TERENGGANU BERSIDANG TANPA PEMBANGKANG

DALAM NEGARA

DEWAN TERENGGANU BERSIDANG TANPA PEMBANGKANG

KUALA TERENGGANU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu kali ke-15 yang bermula di sini hari ini mencipta sejarah dengan ketiadaan blok pembangkang.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan bertitah pada Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15 di Wisma Darul Iman hari ini. – Bernama

KUALA TERENGGANU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu kali ke-15 yang bermula di sini hari ini mencipta sejarah dengan ketiadaan blok pembangkang.

Ia berikutan kemenangan Perikatan Nasional (PN) yang menyapu bersih semua kerusi DUN pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Ogos lepas.

Tirai sesi persidangan DUN Terengganu berlangsung dengan Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Pertama DUN ke-15 yang menyaksikan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat menyempurnakan istiadat tersebut.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Speaker DUN Terengganu Mohd Nor Hamzah dan Timbalan Speaker Khazan Che Mat.

Pada PRN Terengganu yang berlangsung 12 Ogos lepas, gabungan PAS dan Bersatu buat julung kalinya memenangi kesemua 32 kerusi yang dipertandingkan.

Ia sekali gus menyaksikan tiada wakil pembangkang dalam DUN bagi penggal kali ini. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading