PGA PASANG PAPAN TANDA AMARAN TIDAK GUNA LALUAN PANGKALAN HARAM UNTUK KE GOLOK
PASIR MAS: Pasukan Gerakan Am (PGA) memasang papan tanda amaran di beberapa pangkalan haram bersempadan dengan Malaysia-Thailand khususnya Sungai Golok, bagi memberi peringatan kepada orang ramai supaya tidak merentasi sungai itu menggunakan laluan tidak diwartakan.
Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) memasang papan tanda peringatan kepada orang ramai supaya jangan menyeberang sempadan melalui Sungai Golok berdekatan pangkalan haram MCA dan Syed Agil, Rantau Panjang, pada 21 Nov. — Bernama
PASIR MAS: Pasukan Gerakan Am (PGA) memasang papan tanda amaran di beberapa pangkalan haram bersempadan dengan Malaysia-Thailand khususnya Sungai Golok, bagi memberi peringatan kepada orang ramai supaya tidak merentasi sungai itu menggunakan laluan tidak diwartakan.
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata papan tanda mengandungi larangan berkaitan keluar masuk sempadan Malaysia-Thailand melalui pintu tidak diwartakan menjadi kesalahan di bawah Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63 itu, turut dipasang di Kampung Jitong, Pasir Mas dan Kuala Tanjong, Tumpat.
Mengikut seksyen berkenaan, mana-mana individu boleh ditangkap dan didenda maksimum RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
“Kita tidak mahu orang awam sewenang-wenangnya menyeberangi Sungai Golok menggunakan pangkalan haram kerana hal ini memberi peluang kepada penjenayah rentas sempadan bebas keluar masuk melakukan jenayah,” katanya kepada ketika dihubungi hari ini.
Beliau sehubungan itu meminta mereka yang mahu ke Pekan Golok supaya menggunakan laluan sah di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang.
Sementara itu, tinjauan Bernama di pekan Rantau Panjang mendapati beberapa anggota PGA memasang papan tanda amaran di tebing Sungai Golok, iaitu di Pangkalan MCA dan Syed Agil.
Pada Isnin, Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat dilaporkan berkata polis akan menahan mana-mana rakyat Malaysia yang menggunakan laluan pangkalan haram untuk menyeberangi sempadan Malaysia-Thailand khususnya di sepanjang Sungai Golok bermula 1 Dis ini.
Beliau berkata pihaknya akan mula menggunakan Seksyen 5 (2) Akta Imigresen 1959/1963 untuk menahan rakyat Malaysia yang pergi ke Thailand menggunakan jalan tidak diwartakan. — AlHijrah online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked