Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

USAHA CANTAS AJARAN YANG MEROSAKKAN AKIDAH ISLAM

DALAM NEGARA

USAHA CANTAS AJARAN YANG MEROSAKKAN AKIDAH ISLAM

KUALA LUMPUR: Ajaran sesat semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan muda dan jika tidak dicantas ia akan semakin tersebar sehingga merosakkan akidah sebenar majoriti umat Islam di Malaysia.

Pelbagai pihak telah diseru untuk bergabung tenaga membanteras ajaran-ajaran sesat di Malaysia demi memastikan kesucian agama Islam di negara ini sentiasa terpelihara daripada dicemari oleh fahaman yang menyeleweng.

TV AlHijrah menyahut saranan itu dan menggunakan platform media dengan menerbitkan program ‘Di balik Tabir…Sesat Dalam Keyakinan’  bagi menjawab dan memberi penjelasan tuntas kepada dakyah ajaran yang bertentangan dengan Al-Quran dan sunnah.

Program berdurasi 60 minit dihoskan Khir Rahman itu akan disiarkan setiap Jumaat dan Sabtu, jam 9 malam bermula 6 Disember depan.

Objektif program itu diterbitkan adalah untuk memberi pengetahuan kepada masyarakat agar tidak mudah terpedaya dengan dakyah ajaran sesat oleh setengah pihak.

Ia juga dapat mendidik masyarakat untuk rujuk kepada individu atau badan yang diakui keahliannya dalam bidang agama jika ada sebarang permasalahan.

Oleh itu orang ramai disaran untuk menyaksikan setiap episod ‘Di balik Tabir…Sesat Dalam Keyakinan’ agar dapat dijadikan panduan untuk menolak ideologi yang menyeleweng. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading