Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PKP: AKTIVITI IBADAH HANYA LIMA ORANG MAKSIMUM

DALAM NEGARA

PKP: AKTIVITI IBADAH HANYA LIMA ORANG MAKSIMUM

KUALA LUMPUR: Kerajaan menetapkan had maksimum lima orang bagi aktiviti keagamaan di masjid atau rumah ibadat di negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan, hanya ahli jawatankuasa masjid atau rumah ibadat dibenarkan hadir untuk aktiviti keagamaan.

“Bagi negeri yang dikenakan PKPP dan PKPB, aktiviti keagamaan masih dibenarkan dengan bilangan kehadiran minimum yang ditetapkan di dalam SOP.

“Pihak berkuasa agama negeri disaran untuk memberi penetapan yang bersesuaian dalam menetapkan jumlah kehadiran yang dibenarkan,” katanya dalam Perutusan Khas Pelaksanaan PKP hari ini.

Muhyiddin hari ini mengumumkan pelaksanaan PKP untuk tempoh 14 hari bemula jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021.

Perintah itu akan dilaksanakan secara tiga berperingkat dengan enam buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah dilaksanakan PKP, manakala PKP Bersyarat (PKPB) ke atas enam buah negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Sementara itu PKP Pemulihan (PKPP) pula akan dilaksanakan bagi negeri Perlis dan Sarawak. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading