Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PKP 2.0: KERAJAAN KUATKUASAKAN ARAHAN BEKERJA DARI RUMAH

DALAM NEGARA

PKP 2.0: KERAJAAN KUATKUASAKAN ARAHAN BEKERJA DARI RUMAH

KUALA LUMPUR: Kerajaan menguatkuasakan arahan bekerja dari rumah (work from home) bagi sektor atau perkhidmatan selain daripada sektor ekonomi perlu (essential services).

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan semua majikan untuk mematuhi arahan tersebut bagi mengurangkan pergerakan di dalam komuniti, terutamanya di kawasan yang berkepadatan tinggi.

“Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan memperincikan jenis-jenis perkhidmatan yang disenaraikan sebagai ‘essential economic sector’.

“MITI dan Kementerian Kerja Raya juga akan memperincikan butiran kerja-kerja pembinaan yang dibenarkan beroperasi,” katanya dalam Perutusan Khas Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan hari ini.

Dalam masa yang sama, Perdana Menteri mengumumkan hanya 30 peratus pekerja dalam kumpulan pengurusan sahaja dibenarkan hadir ke pejabat.

Bagi pekerja di dalam kumpulan sokongan, jumlah pekerja yang diperlukan pada satu-satu masa akan ditentukan sendiri oleh majikan masing-masing.

Muhyiddin juga mengingatkan untuk mengambil kira pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Jangan sampai tiada penjarakan fizikal langsung sewaktu berada di tempat kerja.

“Tindakan yang tegas akan diambil berdasarkan undang-undang termasuk menutup premis berkenaan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan di dalam gelombang ketiga COVID-19 yang bermula pada 20 September 2020, sejumlah 476 kluster baharu dilaporkan sehingga 10 Januari 2021 dengan 259 kluster atau 54.41 peratus daripadanya melibatkan tempat kerja.—AlHijrah Online

—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading