PM ANWAR HARAP SIDANG KEMUNCAK ARAB-ISLAM CAPAI KATA SEPAKAT BERKAITAN ISU GAZA
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Sidang Kemuncak Arab-Islam yang dijadual berlangsung esok di Riyadh, Arab Saudi akan dapat mencapai kata sepakat sesama negara Islam bagi menyelesaikan konflik di Gaza, Palestin.
KAHERAH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Sidang Kemuncak Arab-Islam yang dijadual berlangsung esok di Riyadh, Arab Saudi akan dapat mencapai kata sepakat sesama negara Islam bagi menyelesaikan konflik di Gaza, Palestin.
Anwar dalam syarahan umum di Universiti Al-Azhar di sini pada Ahad juga mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Mesir, yang memudahkan Malaysia menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.
“Esok kita adakan mesyuarat tergempar negara Islam dan Arab di Riyadh. Jadi saya dan Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi akan ke Riyadh (untuk hadir bagi) bincang perkembangan terakhir Gaza dan Palestin.
“Saya ucapkan terima kasih kepada Presiden dan kerajaan Mesir kerana bantuan mereka yang luar biasa untuk memudahkan Malaysia menghantar bantuan kemanusiaan kepada rakyat yang tertindas dan dizalimi di Gaza.
“Dan (terima kasih) juga (kerana) mengirim dua pesawat tentera ke Rafah untuk mengambil pesakit-pesakit Palestin (untuk) diletakkan di hospital tentera di Malaysia,” katanya yang berada di Mesir untuk lawatan rasmi empat hari sejak Sabtu.
Pada 1 Nov, Anwar mengesahkan beliau telah menerima undangan daripada Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman bagi menghadiri persidangan khas di Riyadh.
Sementara itu, Anwar berkata Malaysia juga baru-baru ini mengambil langkah menyampaikan pandangan kepada rakan-rakan negara Arab untuk mendesak supaya Israel disingkir daripada menjadi anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), berikutan kekejaman rejim berkenaan.
Beliau berkata ini kerana pertama kali dalam sejarah moden, kebiadaban kemanusiaan berlaku keterlaluan tanpa kawalan dilakukan oleh rejim Israel.
“Rejim Israel seolah-olah mahu melenyapkan rakyat Palestin dari bumi Gaza dan melakukan apa yang disebut genosid. Belum ada dalam sejarah manusia ketika ini, satu negara boleh melanggar semua peraturan dan undang-undang, membunuh anak-anak dan wanita, melakukan kekejaman dengan merampas tanah, menakluki sebagai penjajah.
“Maka sebab itu Malaysia telah cuba menyampaikan pandangan kepada rakan-rakan kita di negara Arab dan Islam, dengan membangun yang disebut sebagai Global South atau Pakatan Negara Selatan untuk mendesak supaya Israel disingkir sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,” kata beliau.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager