KEHADIRAN ULAMA KE MAJLIS SAMA’ HADIS SAHIH AL-BUKHARI CERMIN KOMITMEN MALAYSIA PELIHARA WARISAN ILMU
Kehadiran ulama dan ilmuan tersohor termasuk dari luar negara untuk menyampaikan syarahan serta memperkukuh kefahaman umat Islam terhadap hadis sahih al-Bukhari mencerminkan komitmen Malaysia untuk terus memelihara warisan ilmu Islam serta mempertahankan nilai kesatuan dalam kalangan umat.
PUTRAJAYA: Kehadiran ulama dan ilmuan tersohor termasuk dari luar negara untuk menyampaikan syarahan serta memperkukuh kefahaman umat Islam terhadap hadis sahih al-Bukhari mencerminkan komitmen Malaysia untuk terus memelihara warisan ilmu Islam serta mempertahankan nilai kesatuan dalam kalangan umat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata penganjuran Majlis Sama’ Hadis Sahih Al-Bukhari Antarabangsa 2024 bermula hari ini hingga 21 Nov selaras dengan aspirasi kerajaan yang bercita-cita untuk memupuk nilai kesatuan dan persaudaraan dalam kalangan masyarakat Islam.
“Kami sentiasa memuliakan ilmu pengetahuan dan meraikan kehadiran ulama. Selamat datang diucapkan kepada para ulama dan tetamu yang dihormati.
“Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan di sini sangat bermakna bagi kami di Malaysia kerana keberadaan kalian di tanah air kami merupakan satu kebanggaan dan keberkatan,” katanya ketika berucap merasmikan majlis itu yang dianjurkan oleh agensi-agensi Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Masjid Putra di sini malam ini.
Majlis julung kali diadakan itu yang bertemakan “Menyemai Ilmu, Mengukuh Perpaduan, Menjulang Negara MADANI” menghimpunkan 16 ulama serta ilmuan tersohor dari Malaysia dan beberapa negara antaranya Indonesia, Syria, Mesir, India dan Tunisia.
Mohd Na’im berkata penganjuran majlis itu merupakan usaha murni kerajaan untuk memperkukuh kefahaman dan penghayatan umat Islam terhadap hadis Nabi Muhammad SAW serta menghargai warisan ilmu yang ditinggalkan oleh para ulama terdahulu.
Beliau berkata penganjuran itu turut menyahut ajaran agama Islam yang sangat mementingkan ilmu pengetahuan, ilmu rohani dan duniawi kerana ia menjadi asas pembinaan tamadun manusia.
Bagi mengukuhkan perpaduan, beliau berkata umat Islam perlu berpegang teguh kepada prinsip persaudaraan yang ditekankan dalam al-Quran dan sunah Rasulullah SAW.
“Saya harap program ini dapat menjadi asas untuk memperkukuh lagi hubungan persaudaraan dan kesatuan dalam kalangan umat Islam di seluruh dunia,” katanya.
Beliau turut menzahirkan harapan agar penganjuran majlis seumpama itu diteruskan bagi memastikan Malaysia menjadi model negara Islam yang mengutamakan ilmu, perpaduan dan kemajuan dalam pelbagai bidang.
“Marilah kita meneruskan komitmen dan usaha dalam memelihara serta memperkasakan nilai-nilai perpaduan dalam kalangan umat Islam,” katanya.
Usai majlis berkenaan, Mohd Na’im bersama lebih 1,000 jemaah menunaikan solat hajat untuk mendoakan kejayaan misi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mewakili Malaysia pada Sidang Kemuncak Bersama Tergempar Negara-Negara Arab dan Islam di Riyadh, Arab Saudi esok.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.