PM ANWAR MAHU KERJASAMA ASEAN-GCC HENTI KEKEJAMAN DI GAZA
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu satu kerjasama lebih kukuh antara negara ASEAN dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC), bagi menghentikan kekejaman Israel di Gaza.
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu satu kerjasama lebih kukuh antara negara ASEAN dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC), bagi menghentikan kekejaman Israel di Gaza.
Bercakap kepada pemberita selepas menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Putra di sini hari ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata usaha kolektif serantau dan antarabangsa itu penting, bagi menghentikan konflik yang berpanjangan tersebut sekali gus menamatkan penderitaan rakyat Palestin.
“Kita telah sampaikan pandangan kita (menerusi kenyataan Wisma Putra), tapi ini bukan upaya satu negara. Seperti yang kita lakukan dengan negara-negara teluk baru-baru ini, ada kesepakatan.
“Jadi ASEAN, negara teluk dan kita dapatkan beberapa negara lain, supaya memberikan penjelasan dan tekanan yang keras kepada dunia supaya menghentikan (kekejaman Israel),” kata Perdana Menteri.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan kuasa veto ke atas draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), yang menggesa gencatan senjata segera di Gaza dan penamatan sekatan bantuan kemanusiaan.
Malaysia melahirkan rasa amat kesal dan kecewa terhadap kegagalan berulang kali UNSC untuk menerima pakai resolusi yang menggesa gencatan senjata serta-merta dan berkekalan serta penghapusan sekatan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Khamis lepas, menegaskan kegagalan berulang Majlis Keselamatan untuk mengambil tindakan menangani satu daripada tragedi kemanusiaan yang paling buruk sejak Perang Dunia Kedua, berikutan penggunaan kuasa veto sememangnya dikesali dan amat mengecewakan.
Dalam pada itu, Anwar berkata tindakan berterusan negara yang masih membekalkan senjata kepada Israel adalah tidak wajar dan bertentangan dengan prinsip undang-undang antarabangsa.
“Sekadar kenyataan mereka mengecam, kemudian masih menghantar senjata, menjual senjata kepada Israel, itu hanya tindakan yang bertentangan dengan prinsip undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan.
“Kita mengutuk keras, cari helah dari sisi diplomatik bagaimana boleh bantu perjuangan rakyat Palestin, (untuk dapatkan semula) hak-hak yang sahih termasuk di Gaza,” kata Anwar.
Sementara itu, dalam perbualan telefon sempena Hari Raya Aidiladha bersama pemimpin negara Islam termasuk Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, Presiden Iran Masoud Pezeshkian dan Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif, Anwar berkata masing-masing menyuarakan kebimbangan terhadap keganasan rejim Zionis.
“Semua melahirkan sikap yang agak jelas… dan kita telah sepakat untuk terus runding, cari jalan untuk selesaikan masalah ini dengan seberapa segera mungkin,” kata beliau. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked