Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan selepas pementasan Teater “Cikgu Anda” di sebuah hotel semalam. –fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh masyarakat supaya memberi tumpuan untuk meningkatkan mutu pendidikan dengan mengutamakan kekuatan nilai dan akhlak yang baik.
Beliau berkata dengan berpandukan nilai serta akhlak, negara dapat melahirkan insan yang berilmu dan akademis kerana mengamalkan prinsip agama.
“Tidak kurang pentingnya maksud dan matlamat pendidikan itu yang ditekankan Menteri Pendidikan sekarang adalah supaya kembali kepada agama.”
“Yang kita mahu tingkatkan itu adalah manusia dengan keyakinan dengan nilai dan akhlak itu kerana percubaan di banyak negara sangat berhasil memupukkan nilai dalam pendidikan,” katanya ketika berucap selepas menonton pementasan teater “Cikgu Anda” di sini semalam.
Anwar yang juga Menteri Kewangan juga mahu penguasaan bahasa kebangsaan dimartabatkan sebagai bahasa rasmi dan bahasa ilmu.
“Kita juga perlu berusaha untuk meningkatkan disiplin ilmu supaya dapat berlumba dan bersaing (seiring dengan negara lain),” katanya sambil menambah tumpuan itu harus menjadi satu gerakan dan bukannya tertumpu kepada seorang tokoh sahaja.
Terdahulu, beliau menyaksikan pementasan teater berjudul “Cikgu Anda” yang diinspirasikan berkaitan sumbangan beliau dalam bidang pendidikan.
“Cikgu Anda” diadaptasikan ke pentas untuk mengangkat nama Yayasan Anda Akademik (YAA) iaitu institusi pendidikan swasta yang diasaskan sekumpulan siswazah universiti tempatan dan dipelopori Anwar pada Mac 1971.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar bersama barisan para pelakon selepas pementasan Teater “Cikgu Anda” di sebuah hotel hari ini. Pementasan teater ‘Cikgu Anda’ berinspirasikan berkaitan sumbangan Anwar dalam bidang pendidikan. — fotoBERNAMA
Ia juga bertujuan menceritakan perjuangan yayasan berkenaan yang membantu keciciran pelajar terutamanya pelajar luar bandar serta kurang berkemampuan untuk mendapat pendidikan yang lebih tinggi.
Naskhah teater itu merupakan terbitan Persatuan Alumni Yayasan Anda Akademik Malaysia (PAYAAM) dengan kerjasama Persatuan Melodi Kenangan Artis dan Penggiat Seni Malaysia (PEMEKAR).
Menerusi kata aluan dalam buku program persembahan itu, Anwar menzahirkan penghargaan kepada semua pasukan penerbitan teater itu kerana dapat mengangkat naskhah berhubung sejarah penubuhan YAA untuk dipertonton kepada masyarakat.
Beliau berkata YAA diwujudkan atas kesedaran pemimpin belia dan mahasiswa daripada Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Institut Teknologi Kebangsaan yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi Malaysia, Maktab Perguruan Islam Lembah Pantai serta Maktab Perguruan Bahasa Lembah Pantai.
“Sebagai satu institusi yang mempunyai falsafah pendidikan yang tersendiri maka semua ativiti digemblengkan ke arah melahirkan seorang insan yang akademis dan bertaqwa.
“Sesuai dengan moto penubuhannya yang berusaha memberi pendidikan di segenap lapisan masyarakat terutama dalam kalangan mereka berpendapatan rendah, maka sudah pasti YAA bertindak dengan mengenakan yuran pengajian paling minimum tetapi mutu pendidikan disediakan sudah teruji keberkesanannya,” katanya.
Teater yang berdurasi sejam setengah itu adalah idea asal Pengerusi PAYAAM Datuk Dr Suhaimi Ibrahim dengan menampilkan barisan pelakon lama dan baharu antaranya Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Hairi Safwan, Abon, Najua P Ramlee, Sarah Fazny dan Eira Sabariah.
“Cikgu Anda” mengetengahkan sekumpulan pelajar yang kurang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia serta kurang berkemampuan namun nekad menyambung pelajaran di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia di YAA yang antaranya diasaskan oleh Cikgu Anwar yang merupakan tenaga pengajar yayasan itu. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager