Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KISWAH KAABAH DINAIKKAN TIGA METER SEBAGAI PERSIAPAN MUSIM HAJI

DALAM NEGARA

KISWAH KAABAH DINAIKKAN TIGA METER SEBAGAI PERSIAPAN MUSIM HAJI

Selaras dengan tradisi, bahagian bawah kiswah, kain hitam yang menutupi Kaabah di Makkah dinaikkan kira-kira tiga meter dan kawasan di bawahnya ditutup dengan kain kapas putih.

RIYADH: Selaras dengan tradisi, bahagian bawah kiswah, kain hitam yang menutupi Kaabah di Makkah dinaikkan kira-kira tiga meter dan kawasan di bawahnya ditutup dengan kain kapas putih.

Menurut laporan Saudi Press Agency, prosedur yang sama diulang setiap tahun sebelum musim haji untuk melindungi kiswah kerana sesetengah jemaah menyentuhnya ketika mengelilingi Kaabah.

Presiden Umum untuk Hal Ehwal Dua Masjid Suci Dr Abdulrahman Al-Sudais, hadir ketika proses kiswah dinaikkan pada Sabtu.

Penolong Presiden Umum Hal Ehwal Kompleks Raja Abdulaziz untuk Kaabah Kiswa, Pameran, Kejuruteraan, Teknikal dan Hal Ehwal Operasi, Sultan Al- Qurashi berkata menaikkan bahagian bawah kiswah berfungsi untuk memelihara kebersihannya, integritinya serta mencegah gangguan.

Beliau berkata ia juga bagi mencegah beberapa amalan jemaah haji berdasarkan kepercayaan karut.

Setiap tahun, pada hari kesembilan bulan Islam Zulhijjah, kain sutera hitam ditanggalkan dan disarungkan kiswah baharu. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading