PN BENTUK KERAJAAN BAHARU PERLIS, TAWAN 14 DARIPADA 15 KERUSI DUN
Perikatan Nasional (PN) mencipta sejarah dengan membentuk kerajaan negeri baharu di Perlis selepas memenangi 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 15 kerusi yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Parlimen P.003 – Arau Datuk Seri Shahidan Kassim mengangkat tangan selepas menewaskan calon lain dengan jumlah undi 31,458 bagi Parlimen Arau bersama lima calon ADUN PN semasa Pengumuman Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Arau hari ini. –AlHijrah Online
PUTRAJAYA: Perikatan Nasional (PN) mencipta sejarah dengan membentuk kerajaan negeri baharu di Perlis selepas memenangi 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 15 kerusi yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Semasa mengumumkan demikian pada sidang media di sini, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata PN memperoleh majoriti undi melebihi 50 peratus.
“Bagi keseluruhan pengundian sehingga 2 pagi, PN memenangi sejumlah 14 kerusi daripada 15 kerusi yang diperuntukkan. Dengan ini, PN berjaya memperoleh suatu majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan,” katanya di Menara SPR hari ini.
Abdul Ghani berkata peratusan keluar mengundi di Perlis adalah sebanyak 76.94 peratus.
PN memenangi kerusi DUN di Titi Tinggi, Chuping, Santan, Sena, Kuala Perlis, Pauh, Guar Sanji, Sanglang, Beseri, Mata Ayer, Bintong, Kayang, Tambun Tulang dan Simpang Empat.
Pakatan Harapan (PH) pula memenangi kerusi Indera Kayangan menerusi Gan Ay Ling dengan majoriti 1,873 undi.
Di KANGAR, kemenangan majoriti dua pertiga itu turut menyaksikan PN menawan kubu kuat Barisan Nasional (BN), yang menguasai negeri itu sejak awal kemerdekaan lagi.
BN juga gagal memenangi sebarang kerusi negeri, yang merupakan rekod terburuk gabungan itu, berbanding 10 kerusi yang diperoleh pada PRU14.
Kejutan berlaku di DUN Bintong apabila Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man kecundang di tangan calon PN Fakhrul Anwar Ismail dengan majoriti 4,329 undi.
Dalam persaingan enam penjuru itu, Azlan memperoleh sebanyak 2,996 undi manakala Fakhrul mendapat 7,325 undi. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked