PN SEDIA KERJASAMA DENGAN MANA-MANA PARTI UNTUK BENTUK KERAJAAN, KECUALI PH
Perikatan Nasional (PN) sedia menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti yang dapat menerima prinsip dan perjuangan gabungan itu dalam membentuk kerajaan yang bersih dan stabil kecuali dengan Pakatan Harapan (PH).
Pengerusi PN Tan Sri Muhyididn Yassin berkata susulan kemenangan 73 kerusi Parlimen setakat ini dan kejayaan membentuk kerajaan negeri di Perlis, PN akan berbincang dengan pimpinan parti-parti dari Sabah dan Sarawak dalam masa terdekat. -fotoSINAR
SHAH ALAM: Perikatan Nasional (PN) sedia menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti yang dapat menerima prinsip dan perjuangan gabungan itu dalam membentuk kerajaan yang bersih dan stabil kecuali dengan Pakatan Harapan (PH).
Pengerusi PN Tan Sri Muhyididn Yassin berkata susulan kemenangan 73 kerusi Parlimen setakat ini dan kejayaan membentuk kerajaan negeri di Perlis, PN akan berbincang dengan pimpinan parti-parti dari Sabah dan Sarawak dalam masa terdekat.
“Andaikata kita berjaya bentuk kerajaan bersama dengan parti yang sehaluan dengan PN, tumpuan PN adalah untuk melaksanakan semua tawaran ‘PN Best’ yang dikemukan kepada rakyat semasa tempoh berkempen,” katanya pada sidang media di Pusat Media Utama PN, di sini awal pagi ini.
Manifesto PN iaitu “PN Best’ yang bertemakan Prihatin, Bersih, Stabil mempunyai 50 tawaran utama yang jelas menunjukkan bahawa PN bertekad dan komited dalam membasmi rasuah di Malaysia.
Menerusi manifesto itu PN bukan sahaja perlu membuat aku janji antirasuah, tetapi mereka juga akan menjalani tapisan ketat dan jika terdapat calon yang disiasat oleh SPRM, mereka tidak akan dibenarkan untuk bertanding dalam pilihan raya.
Ditanya adakah PN sedia untuk bergabung dengan Barisan Nasional, beliau berkata perkara itu akan diserahkan kepada kebijaksanaan pimpinan parti dengan mengambil kira semua faktor termasuk suara, pandangan dan situasi tertentu, namun jawapan itu disambut laungan daripada para penyokong yang menolak perkara itu dengan teriakan “Tolak Zahid, Tolak BN”.
Disoal mengenai adakah PN mahu bergabung dengan PH bagi membentuk kerajaan dengan majoriti dua pertiga, Muhyiddin berkata “Bukan dengan PH”.
Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berterima kasih kepada pengundi yang memberi sokongan padu terutamanya pengundi muda yang membolehkan PN mencapai kejayaan luar jangka.
“Saya juga ucapkan tahniah kepada calon-calon yang menang, dan berterima kasih dan penghargaan kepada jentera parti yang berkerja keras dan memberi komitmen serta semangat juang yang tinggi hingga PN menang, luar jangka,” katanya.
Muhyiddin turut memaklumkan pihaknya telah menerima surat daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan akan memuktamadkan perkara-perkara yang dititahkan sebelum petang esok.
“Kandungan surat tidak perlu saya dedah, Yang di-Pertuan Agong telah memberikan kepada kita perkara-perkara yang perlu kita sempurnakan mengikut kehendak Yang di-Pertuan Agong.
Perkara ini kita mengambil langkah secepat mungkin bermakna sebahagian daripada perbincangan akan kita lakukan esok dan harap dapat dimuktamadkan sebelum petang esok, insya-Allah,” katanya dan menambah gabungan itu akan mematuhi setiap perkara yang dititahkan Seri Paduka Baginda. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests