PRU-15: TIADA PARTI DAPAT MAJORITI MUDAH KERUSI PARLIMEN – PENGERUSI SPR
Tiada mana-mana parti memperoleh 50 peratus daripada 219 kerusi Parlimen yang dipertanding atau majoriti mudah dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh pada sidang media mengenai keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di ibu pejabat SPR hari ini. — fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Tiada mana-mana parti memperoleh 50 peratus daripada 219 kerusi Parlimen yang dipertanding atau majoriti mudah dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh.
Berdasarkan keputusan rasmi sehingga 4.30 pagi ini, Pakatan Harapan (PH) memenangi 76 kerusi manakala parti gabungannya DAP di Sarawak mendapat lima kerusi dan MUDA menang satu kerusi, menjadikan keseluruhan 82 kerusi Parlimen diperoleh gabungan itu.
Gabungan Perikatan Nasional (PN) dan PAS pula memperoleh 73 kerusi Parlimen selepas masing-masing menang 51 dan 22 kerusi.
Selain itu, Barisan Nasional (BN) memperoleh 30 kerusi diikuti Gabungan Parti Sarawak (22), Gabungan Rakyat Sabah (enam), Warisan (tiga), Parti Bangsa Malaysia (satu) dan calon Bebas (dua).
Abdul Ghani ketika sidang media berhubung keputusan PRU15 berkata tiga bahagian Parlimen tidak diumumkan iaitu Kota Marudu di Sabah dan Baram di Sarawak yang ditangguh berikutan masalah cuaca.
Pengundian bagi Parlimen Padang Serai di Kedah pula ditangguh ekoran kematian calon PH M.Karupaiya pada Rabu.
“Peratusan bagi pengundian Parlimen adalah 73.89 peratus tanpa mengambil kira tiga kerusi yang tidak diumumkan,” katanya.
Selain itu, Abdul Ghani berkata tiada mana-mana parti berjaya membentuk kerajaan negeri baharu di Pahang kerana tidak mendapat majoriti lebih 50 peratus di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU kali ini.
Beliau berkata PN memenangi 17 kerusi diikuti BN (16) dan PH (lapan) daripada jumlah yang dipertanding iaitu 41.
“Terdapat satu bahagian yang tidak dapat diumumkan pada hari ini iaitu N.42 Tioman berikutan kematian seorang calon (PN),” katanya.
Abdul Ghani berkata situasi sama berlaku di Perak selepas PN memenangi 26 kerusi DUN diikuti PH dengan 24 kerusi dan BN (sembilan) daripada keseluruhan 59 yang dipertanding.
Katanya jumlah rakyat yang keluar mengundi pada PRU15 bagi Pahang ialah 70.48 peratus manakala Perak sebanyak 66.71 peratus. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager