Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PH DAKWA PEROLEH MAJORITI MUDAH BENTUK KERAJAAN

DALAM NEGARA

PH DAKWA PEROLEH MAJORITI MUDAH BENTUK KERAJAAN

Beliau berkata PH telah mencapai persefahaman dengan beberapa pihak bagi memperoleh majoriti melebihi 112 kerusi namun tidak mendedahkan rakan kerjasama yang menyokong gabungan itu untuk membentuk kerajaan. 

Pengerusi Pakatan Harapan yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) menghadiri sidang media pada Majlis Pengumuman Keputusan PRU-15 sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 hari ini. –fotoBERNAMA

PETALING JAYA: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa gabungan itu telah mempunyai bilangan kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan Persekutuan yang baharu. 

Beliau berkata PH telah mencapai persefahaman dengan beberapa pihak bagi memperoleh majoriti melebihi 112 kerusi namun tidak mendedahkan rakan kerjasama yang menyokong gabungan itu untuk membentuk kerajaan. 

“PH telah membentuk blok terbesar dalam kedudukan kerusi di Parlimen bersama MUDA dan kami mendapati tiada parti lain yang memperoleh majoriti mudah.

“Inilah gabungan pertama daripada blok terbesar yang telah memperoleh jumlah mencukupi untuk bentuk kerajaan dengan suara majoriti,” katanya pada sidang media di sini pagi ini.

Anwar juga menolak kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa gabungan politik itu berjaya membentuk kerajaan.

“Itu tidak terjadi, ia adalah mustahil kerana kami mempunyai angka dan akan memaklumkan kepada Istana Negara,” katanya.

Ditanya bila dokumen pembentukan kerajaan PH akan dihantar ke Istana Negara, beliau berkata perkara itu akan dibuat sebaik sahaja ia dilengkapkan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading