POLIS BONGKAR SINDIKET JADIKAN INAP DESA TEMPAT SIMPANAN DADAH, TAHAN EMPAT LELAKI
Polis berjaya membongkar taktik sindiket pengedaran dadah yang menjadikan rumah inap desa sebagai pusat penyimpanan bahan itu sebelum mengedarkannya ke pasaran tempatan dalam serbuan di sebuah rumah teres di Segambut Selasa lepas.
KUALA LUMPUR: Polis berjaya membongkar taktik sindiket pengedaran dadah yang menjadikan rumah inap desa sebagai pusat penyimpanan bahan itu sebelum mengedarkannya ke pasaran tempatan dalam serbuan di sebuah rumah teres di Segambut di sini, Selasa lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata empat lelaki berusia 23 hingga 32 tahun turut ditahan dalam serbuan berkenaan dan 250 bungkusan plastik teh berisi dadah disyaki jenis syabu seberat 261 kilogram dianggarkan bernilai RM13 juta dirampas.
“Siasatan mendapati sindiket itu aktif sejak enam bulan lepas dan modus operandi mereka adalah menyewa rumah inap desa selama empat hari untuk menyimpan bungkusan dadah berkenaan sebelum diedar.
“Rumah inap dibayar pada kadar RM200 sehari dan sindiket akan berpindah dari satu rumah ke rumah lain bagi mengelak aktiviti mereka dikesan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata setiap bungkusan plastik teh mengandungi kira-kira satu kilogram syabu dianggarkan bernilai RM50,000, dengan kesemua dadah itu jika terlepas ke pasaran mampu membekalkan kepada 1.3 juta orang.
Fadil berkata polis turut merampas sebuah kereta jenis Toyota Vellfire dan Perodua Alza yang menggunakan nombor pendaftaran palsu serta sejumlah wang tunai dengan jumlah keseluruhan sitaan dianggarkan RM100,000.
Semakan mendapati tiga daripada empat lelaki terbabit mempunyai rekod jenayah lampau dan kesemua mereka direman hingga 3 Feb ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Polis sedang giat mengesan saki-baki ahli sindiket dan siasatan masih diteruskan,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests