Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

‘SEBARKAN SALAM’ BENTUK BUDAYA KOMUNIKASI BERADAB – MUFTI WILAYAH

DALAM NEGARA

‘SEBARKAN SALAM’ BENTUK BUDAYA KOMUNIKASI BERADAB – MUFTI WILAYAH

Salam mempunyai pelbagai makna di antaranya adalah menyebarkan kalimah salam dengan lafaz ‘assalamualaikum’ sebagai satu konsep ‘the power of words’ yang akan menjadikan minda masyarakat sentiasa terkesan dengan kalimah yang baik

Gambar Hiasan. – Bernama

KUALA LUMPUR: Cabaran dunia yang semakin sarat dengan konflik, perpecahan dan pertikaian, menuntut nilai keamanan dan kesejahteraan menjadi keutamaan bagi membina masyarakat yang lebih harmoni dan bersatu.

Antara langkah mudah membentuk nilai itu ialah melalui lafaz salam, yang mampu membentuk budaya komunikasi yang lebih beradab dan harmoni.

Oleh sebab itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan telah menggerakkan kempen Sebarkan Salam sebagai usaha membina hubungan yang baik serta menyemai budaya damai dan saling menghormati dalam kalangan masyarakat.

“Salam mempunyai pelbagai makna di antaranya adalah menyebarkan kalimah salam dengan lafaz ‘assalamualaikum’ sebagai satu konsep ‘the power of words’ yang akan menjadikan minda masyarakat sentiasa terkesan dengan kalimah yang baik,” kata Mufti Wilayah Persekutuan, Fauwaz Fadil Noor berkata ucapan salam

Selain itu katanya, salam juga membawa makna menyebarkan risalah keamanan yang mengajak masyarakat untuk menanam nilai damai, kasih sayang dan hilang rasa takut antara satu sama lain.

Apabila semangat ini hidup dalam masyarakat, ia secara tidak langsung menyumbang kepada pencapaian maqasid syariah yang penting, iaitu menjaga keamanan (hifzil al amni).

“Kalau kitakan renungkan apa yang ingin dibawa oleh  Dr. Zulkifli Hasan, ia mampu membawa kepada penyatuan rakyat yang mempunyai pelbagai kaum dan bangsa kepada agenda besar negara.

“Ia boleh menjadikan golongan yang bergaduh boleh duduk berbincang dan membina hubungan yang baik,” katanya.

Oleh itu beliau berharap usaha itu disokong semua pihak terutama agensi-agensi kerajaan untuk mengerakkan kempen Sebarkan Salam itu bagi memastikan hubungan yang baik antara sesama manusia. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading