POLIS BUKA KERTAS SIASATAN VIDEO TULAR SAMBUTAN MB KEDAH DI JOHOR
Hasil semakan pihaknya mendapati video berkenaan sebenarnya daripada satu program “KL Munajat” bersama pendakwah Ustaz Abdul Somad, Sheikh Aleey Qodir At-Thohiri dan Nur Ali Badar, bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, pada 15 Julai lepas.
JOHOR BAHRU: Polis telah membuka kertas siasatan berhubung satu video tular yang kononnya memperlihatkan sambutan ke atas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, yang didakwa berlaku di negeri ini.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat sebaliknya berkata hasil semakan pihaknya mendapati video berkenaan sebenarnya daripada satu program “KL Munajat” bersama pendakwah Ustaz Abdul Somad, Sheikh Aleey Qodir At-Thohiri dan Nur Ali Badar, bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, pada 15 Julai lepas.
“Namun video tersebut telah disunting dengan memasukkan laungan sorakan ‘Luaskan Kuasamu Johor’ untuk perkongsian oleh pengguna media sosial lain.”
“Pihak polis telah membuka kertas siasatan dan sedang dalam usaha bagi mengesan individu-individu yang bertanggungjawab bagi membantu siasatan,” kata beliau dalam satu kenyataan, malam ini.
Kamarul Zaman berkata pihaknya melihat hal tersebut berunsur provokasi dan fitnah yang boleh mendatangkan tanggapan buruk masyarakat dan mengingatkan perbuatan menyebar serta membuat spekulasi palsu adalah menyalahi undang-undang.
Menurut beliau, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh didenda atau dipenjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya.
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak mudah mempercayai dakwaan yang diperoleh daripada sumber yang tidak sah dan berkongsi maklumat berkenaan sehingga boleh menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan dalam kalangan masyarakat.
Terdahulu, tular sebuah video yang dimuat naik di aplikasi Tik Tok berdurasi dua minit, dengan kapsyen “sambutan kepada Menteri Besar Kedah di Johor’’ dengan latar belakang lagu ‘’Luaskan Kuasamu Johor’’. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked