POLIS BUNUH PELAJAR: SAKSI DENGAR ORANG RAMAI JERIT “ZAHARIF DAH TAKDE!”
“Saya lihat ramai orang sedang melihat Zaharif terbaring di tepi jalan. Pada waktu itu saya dengar ramai yang katakan “Zaharif dah takde, Zaharif dah takde”. Saya pergi ke tempat kejadian dan turut membantu payungkan Zaharif.”
IPOH: Seorang remaja lelaki memberitahu Mahkamah Tinggi dia mendengar jeritan orang ramai yang berkumpul di lokasi perlanggaran berlaku bahawa Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie telah meninggal dunia.
Saksi pendakwaan ke-14 itu berkata dia telah pergi ke tempat kejadian sebaik sahaja diberitahu oleh ibunya bahawa rakannya (Muhammad Zaharif) telah terlibat dalam satu kemalangan.
“Saya lihat ramai orang sedang melihat Zaharif terbaring di tepi jalan. Pada waktu itu saya dengar ramai yang katakan “Zaharif dah takde, Zaharif dah takde”. Saya pergi ke tempat kejadian dan turut membantu payungkan Zaharif,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata tidak lama kemudian, kenderaan polis sampai dan seorang lelaki yang berada di situ menyuruhnya dan kawan-kawannya pergi menunaikan solat Jumaat, seterusnya mereka pergi ke rumah mangsa.
Remaja itu berkata demikian ketika membaca pernyataan saksinya di hadapan Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet pada perbicaraan kes pegawai kanan polis DSP Mohd Nazri Abdul Razak, 45, yang didakwa membunuh Muhammad Zaharif, 17, di Jalan Taman Jati 1 berhampiran SMK Jati di sini antara 11.45 pagi hingga 12.32 tengah hari pada 15 Dis 2023.
Sementara itu, saksi pendakwaan ke- 15 memberitahu mahkamah bahawa pada waktu pagi sebelum kejadian perlanggaran berlaku, Muhammad Zaharif ada memaklumkan kepadanya bahawa ekzos motosikal berkenaan dipinjam daripada rakan mangsa.
Remaja lelaki itu juga berkata motosikal yang ditunggang oleh mangsa adalah milik rakannya yang lain.
Terdahulu sewaktu pihak pendakwaan membaca ucapan pembukaan kes pada hari pertama perbicaraan terdapat 10 barang kes (ekshibit) antaranya sebuah kereta jenis Perodua Ativa dan motosikal jenis Yamaha.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Afzainizam Abdul Aziz bersama Nasrul Hadi Abdul Ghani, V. Suloshani dan Low Qin manakala Mohd Nazri diwakili peguam M. Athimulan, Datuk Mior Faridalathrash Wahid dan Aiman Hakim Kamaruzzaman.
Mahkamah menangguhkan perbicaraan ke 2 Dis ini. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked