Connect with us

ALHIJRAH NEWS

TIGA LEMAS SEMASA AKTIVITI ‘WATER RAFTING’ DI SUNGAI KAMPAR

DALAM NEGARA

TIGA LEMAS SEMASA AKTIVITI ‘WATER RAFTING’ DI SUNGAI KAMPAR

Dua lelaki dan seorang wanita ditemukan lemas di Sungai Kampar di sini selepas dibawa arus deras akibat hujan lebat ketika melakukan aktiviti ‘water rafting’ petang tadi.

GOPENG: Dua lelaki dan seorang wanita ditemukan lemas di Sungai Kampar di sini selepas dibawa arus deras akibat hujan lebat ketika melakukan aktiviti ‘water rafting’ petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon berkata seorang mangsa lelaki dan wanita dinaikkan ke tebing sungai oleh orang awam di Rock Garden dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

“Seorang lagi mangsa ditemukan di River Bug Gopeng dan turut disahkan meninggal dunia. Difahamkan ketiga-tiga mangsa sedang mengikuti program team building yang diadakan di lokasi tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Sayani berkata terdapat 22 peserta daripada Jabatan Kerja Raya Seberang Perai Tengah (SPT), Pulau Pinang  dan Langkawi serta enam pemandu peserta yang turun ke sungai bermula pada 3.30 petang tadi.

Beliau berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 5.56 petang sebelum 10 anggota bersama satu jentera digerakkan ke lokasi mangsa ditemukan iaitu di Jalan Kampung Pintu Padang Rock Garden Camping Gopeng dan River Park Gopeng. 

“Mayat kesemua mangsa dibawa ke Hospital Kampar untuk tindakan lanjut,” katanya. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading