MALAYSIA TIDAK PERNAH IKTIRAF KEWUJUDAN ISRAEL, TETAP BERSAMA RAKYAT PALESTIN – PM ANWAR
“Dalam konteks sistem antarabangsa, ada yang menyebutkan de facto dan ada mengatakan de jure. Israel wujud sebagai sebuah negara di dalam konteks keanggotaan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), namun kita tetap menolak pengiktirafan rasmi terhadap negara tersebut.”
LIMA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan bahawa Malaysia tetap konsisten dengan pendiriannya terhadap isu Israel dan Palestin, menekankan bahawa Putrajaya tidak pernah mengiktiraf kewujudan negara Israel secara diplomatik.
Dalam satu sidang media bersama wartawan Malaysia yang diadakan selepas sesi perbincangan di Sidang Kemuncak APEC, Anwar menjelaskan bahawa Malaysia tidak menghantar pegawai kedutaan atau menjalin hubungan diplomatik dengan Israel sebagai langkah protes terhadap penindasan ke atas rakyat Palestin.
“Apa yang perlu difahami adalah, kita tidak mengiktiraf Israel dari segi hubungan diplomatik dan tidak mengizinkan mereka untuk menjalankan perdagangan atau aktiviti rasmi di Malaysia,” kata Anwar pada Jumaat di sini, apabila diminta mengulas wawancara beliau mengenai konflik Israel-Palestin bersama Richard Quest daripada CNN.
Beliau berkata Malaysia tetap komited dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin, dan dalam banyak forum antarabangsa termasuk sidang dari Riyadh ke APEC kali ini, Malaysia tidak pernah berhenti menyuarakan penentangannya terhadap penjajahan dan kezaliman dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin.
“Dalam konteks sistem antarabangsa, ada yang menyebutkan de facto dan ada mengatakan de jure. Israel wujud sebagai sebuah negara di dalam konteks keanggotaan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), namun kita tetap menolak pengiktirafan rasmi terhadap negara tersebut,” tegas beliau.
Sekali gus Perdana Menteri menyangkal tuduhan dan dakwaan bahawa beliau atau kerajaan Malaysia bersekongkol dengan Israel: “Politik apa macam ini, perbodohkan rakyat, fitnah, atas nama Islam, ini disebut penunggang agama yang tak reti mengulas.
“Tuduhan seperti itu tidak berasas dan merupakan fitnah yang sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik sempit.
“Mereka yang menyebarkan fitnah ini tidak faham tentang konteks politik antarabangsa, atau mungkin mereka sengaja mencari alasan untuk memutarbelitkan fakta demi tujuan tertentu. Saya mahu rakyat faham bahawa Malaysia terus berpegang pada prinsip keadilan untuk Palestin,” kata Anwar.
Perdana Menteri berkata pada sidang APEC yang berlangsung di Lima, Peru, Malaysia merupakan satu-satunya negara yang secara terbuka membangkitkan isu Palestin walaupun tema utama perbincangan adalah mengenai ekonomi dan perdagangan.
Anwar mengaitkan isu tersebut dengan prinsip perdagangan bebas yang seharusnya tidak boleh menafikan hak rakyat Palestin.
“Bagaimana kita boleh bercakap tentang ekonomi dan perdagangan bebas jika hak sebuah bangsa dinafikan? Ini adalah soal keadilan. Malaysia akan terus menyuarakan sokongan untuk rakyat Palestin di mana jua ia diperlukan,” kata Anwar.
Perdana Menteri juga mengingatkan semua pihak untuk tidak menipu atau memfitnah hanya untuk kepentingan politik sedangkan pernah berlaku kapal dan pesawat Israel berlabuh serta melalui ruang udara Malaysia pada pemerintahan kerajaan sebelum ini.
Anwar menekankan bahawa beliau tidak akan membiarkan politik sempit dan fitnah menghalang negara dari terus memperjuangkan hak-hak asasi manusia dan menentang penjajahan di seluruh dunia, terutamanya dalam isu Palestin. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests