Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS PANGGIL SEMUA PESERTA HADIR PROGRAM MOTIVASI DIDAKWA TIDAK BERMORAL

DALAM NEGARA

POLIS PANGGIL SEMUA PESERTA HADIR PROGRAM MOTIVASI DIDAKWA TIDAK BERMORAL

SHAH ALAM: Polis akan memanggil semua peserta yang hadir dalam penganjuran sebuah program motivasi rumah tangga yang didakwa tidak bermoral untuk merakam percakapan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata tindakan berkenaan dilakukan mengikut Seksyen 122 Kanun Acara Jenayah dan siasatan dibuat selepas pihaknya membuka kertas inkuiri.

Sumber: ARKIB

“Hasil siasatan lanjut, kes berkenaan diklasifikasikan di bawah kertas siasatan mengikut Seksyen 294 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil.

“Siasatan secara teliti (akan dilakukan) bagi mengenal pasti kewujudan sebarang elemen lucah atau ajaran menyimpang daripada norma masyarakat seperti yang didakwa (sebelum ini),” katanya menerusi kenyataan hari ini.  

Hussein berkata siasatan juga akan dijalankan secara menyeluruh bagi memastikan setiap aspek dan dakwaan dapat dinilai dengan adil.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar lebih berwaspada dan berhati-hati dalam menyertai mana-mana program, aktiviti atau bengkel yang tidak jelas tujuan serta tidak diketahui latar belakang penganjur.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dilaporkan meminta Jabatan Agama Islam Selangor menyiasat dakwaan berlaku aktiviti tidak bermoral semasa penganjuran program motivasi rumah tangga di sebuah pusat konvensyen di sini. 

Amirudin berkata perkara itu perlu diambil berat dan dikenakan tindakan tegas, jika dakwaan berkenaan didapati benar setelah penyiasatan secara menyeluruh dilakukan.–AlHijrah Online

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading