POLIS RAMPAS GANJA BERNILAI RM5.9 JUTA, TUJUH INDIVIDU DITAHAN
Polis percaya telah menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah selepas merampas dadah jenis bunga dan daun ganja seberat 173.14 kilogram (kg) bernilai RM5.9 juta, dalam empat serbuan berasingan pada 3 dan 5 Okt.
SHAH ALAM: Polis percaya telah menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah selepas merampas dadah jenis bunga dan daun ganja seberat 173.14 kilogram (kg) bernilai RM5.9 juta, dalam empat serbuan berasingan pada 3 dan 5 Okt.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata polis turut menahan lima lelaki dan dua wanita berusia antara 25 hingga 41 tahun, serta merampas dua buah kenderaan dengan nilai sitaan berjumlah berjumlah RM129,000.
Beliau berkata dua lelaki dan seorang perempuan ditahan dalam serbuan pertama di sebuah rumah di sekitar Subang Jaya, sebelum pemeriksaan di premis itu menemukan 115 bungkusan plastik berisi dadah disyaki bunga ganja seberat 112.23kg serta 43 paket plastik berisi ketulan ganja seberat 4.72kg.
“Serbuan kedua di tepi jalan sekitar Petaling Jaya pula membawa kepada penahanan dua lelaki yang menaiki kereta jenis Perodua Alza bersama 12 bungkusan plastik berisi bunga ganja seberat 12.52kg.
“Suspek berikutnya iaitu seorang lelaki dan wanita telah ditahan dalam serbuan ketiga di sebuah hotel sekitar Selayang, sebelum pemeriksaan di dalam bilik berkenan menemukan dua bungkusan plastik berisi bunga ganja seberat 2.1kg,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Hussein berkata tangkapan di Selayang membawa kepada rampasan 40 bungkusan plastik berisi bunga ganja seberat 41.56kg, yang disimpan di dalam kereta jenis Toyota Vios di kawasan parkir sebuah kondominium di Petaling Jaya.
Beliau berkata siasatan awal mendapati sindiket yang dikesan bergiat aktif sejak awal September lepas itu, dipercayai menjadikan Lembah Klang sebagai lokasi pengedaran selain pasaran luar negara terutamanya negara eropah, menggunakan mata wang Euro.
“Ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua suspek yang ditahan negatif daripada sebarang jenis dadah, namun empat daripadanya masing-masing memiliki 18, lapan, enam dan tiga rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah,” katanya.
Hussein berkata kesemua suspek warga tempatan itu masing-masing ditahan reman antara 4 hingga 19 Okt dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests