Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISRAEL MULA BEBASKAN TAHANAN PALESTIN DI BAWAH PERJANJIAN GENCATAN SENJATA GAZA

DUNIA

ISRAEL MULA BEBASKAN TAHANAN PALESTIN DI BAWAH PERJANJIAN GENCATAN SENJATA GAZA

Israel mula membebaskan tahanan Palestin pada Isnin di bawah perjanjian gencatan senjata Gaza.

Menurut Anadolu Ajansi, Pejabat Media Tahanan Palestin yang dikendalikan Hamas memaklumkan bahawa bas membawa tahanan yang dibebaskan telah bergerak dari Penjara Ofer di barat Ramallah ke bandar Beitunia di Tebing Barat yang diduduki.

Sumber: REUTERS

ISTANBUL: Israel mula membebaskan tahanan Palestin pada Isnin di bawah perjanjian gencatan senjata Gaza.

Menurut Anadolu Ajansi, Pejabat Media Tahanan Palestin yang dikendalikan Hamas memaklumkan bahawa bas membawa tahanan yang dibebaskan telah bergerak dari Penjara Ofer di barat Ramallah ke bandar Beitunia di Tebing Barat yang diduduki.

Bas-bas yang membawa tahanan yang dibebaskan dari Penjara Negev di selatan Israel juga bergerak menuju ke Semenanjung Gaza, menurut pejabat itu.

Pembebasan itu dibuat selepas Hamas menyerahkan 20 tawanan Israel yang masih hidup di bawah fasa pertama perjanjian gencatan senjata Gaza.

Menurut laporan, seramai 1,968 tahanan Palestin, termasuk 250 yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup akan dibebaskan di bawah perjanjian gencatan senjata itu.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading