PELAJAR SENIOR BERTINDAK SENDIRI SOAL KES CURI DI ASRAMA – SAKSI
Mahkamah Koroner Kota Kinabalu hari ini diberitahu bahawa terdapat sekumpulan pelajar senior akan bertindak sendiri berjumpa dan menyoal pelajar disyaki terbabit dalam kes curi sekira ia berlaku, di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar.
KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu bahawa terdapat sekumpulan pelajar senior akan bertindak sendiri berjumpa dan menyoal pelajar disyaki terbabit dalam kes curi sekira ia berlaku, di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar.
Peguam Azhier Farhan Arisin yang mewakili empat kanak-kanak dalam kes buli Zara Qairina berkata perkara itu diberitahu seorang pelajar senior, yang merupakan saksi kanak-kanak ke-11 di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.
Berkongsi keterangan saksi kanak-kanak itu, Azhier Farhan berkata menurut saksi walapun dia tidak pernah menyertai kumpulan pelajar itu, biliknya sering digunakan oleh mereka kerana ia lebih luas berbanding bilik lain di asrama.
“Menurut saksi, sepanjang dia mengenali remaja itu, dia mendapati Zara Qairina seorang yang baik dan suka menyapa orang dengan memberi salam, selain suka berkongsi makanan.
“Seingat saksi juga, Zara Qairina pernah dipanggil oleh pelajar senior kerana masalah berkaitan kawan. Menurut saksi, Zara Qairina suka berkawan dengan seorang pelajar senior,” Azhier Farhan berkata demikian kepada pemberita selepas hari ke-21 prosiding inkues, hari ini.
Peguam itu berkata saksi turut memberitahu bahawa dia sendiri pernah berjumpa Zara Qairina sebanyak dua hingga tiga kali di bilik remaja itu, dan meminta maaf bagi pihak pelajar senior dan memujuknya supaya tidak buat macam-macam.
Sementara itu, peguam Rizwandean M Borhan, yang mewakili ibu Zara Qairina, ketika berkongsi keterangan saksi yang sama berkata saksi memberitahu bukan hanya Zara Qairina, saksi turut berjumpa pelajar junior lain untuk meminta maaf bagi pihak pelajar senior, selepas mereka dipanggil kumpulan pelajar tersebut.
Rizwandean berkata saksi memberitahu dia memujuk Zara Qairina selepas dipanggil kumpulan pelajar senior, kerana saksi juga pernah mengalami serta berada dalam situasi sama dialami remaja itu, dan menurut saksi, ketika dia menjadi pelajar junior, wujud juga kumpulan pelajar senior yang biasa memanggil serta berjumpa pelajar junior.
Menceritakan kejadian pada malam 15 Julai, Rizwandean berkata saksi memaklumkan dia mendapat tahu daripada pelajar lain bahawa Zara Qairina dipanggil kumpulan pelajar senior atas tuduhan mencuri sekitar pukul 10 hingga 11 malam, dan menurut saksi dia turut diberitahu ada pelajar junior lain menyelongkar locker Zara Qairina untuk mencari barang yang hilang itu.
“Saksi berkata dia pergi ke hadapan bilik di mana Zara Qairina disoal pelajar senior kerana ingin meminjam kasut. Kata saksi, seingat dia, ketika itu pukul 11 malam lebih kerana lampu bilik sudah ditutup. Kata saksi, semasa dia melalui koridor di hadapan bilik Zara Qairina, saksi melihat seorang pelajar junior mengeluarkan kata-kata kesat.
“Menurut saksi lagi, dia mendengar nada pelajar junior dengan kuat, jelas dan dalam keadaan marah. Saksi juga berkata dia ada dengar daripada pelajar lain bahawa pada malam itu Zara Qairina ada berkurung di tandas. Tetapi saksi tidak tahu jam berapa itu berlaku,” katanya.
Berkongsi lanjut keterangan saksi itu, peguam Joan Goh yang mewakili seorang daripada remaja terbabit dalam kes buli Zara Qairina, berkata menurut saksi, tiada insiden pukul berlaku ke atas Zara Qairina.
Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 17 Julai selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya pada 4 pagi 16 Julai.
Prosiding inkues bersambung esok.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager