PERUNTUKAN STR, SARA MENINGKAT BUKTI KOMITMEN KERAJAAN PERKUKUH JARINGAN SOSIAL – MOF
Peningkatan peruntukan bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dari tahun ke tahun membuktikan komitmen kerajaan dalam memperkukuh jaringan keselamatan sosial, menurut Kementerian Kewangan (MoF).
KUALA LUMPUR: Peningkatan peruntukan bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dari tahun ke tahun membuktikan komitmen kerajaan dalam memperkukuh jaringan keselamatan sosial, menurut Kementerian Kewangan (MoF).
Timbalan Menterinya, Lim Hui Ying berkata peningkatan peruntukan kepada RM15 bilion pada 2026 berbanding RM10 bilion pada 2024 menjadi antara mekanisme utama untuk menghapuskan kemiskinan tegar serta memastikan golongan berpendapatan rendah dan sederhana mampu menghadapi cabaran kos sara hidup.
“Program ini juga adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk menyediakan bantuan secara bersasar,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN–Rantau Panjang) yang ingin mengetahui mengenai pendirian kerajaan berhubung keberkesanan pelaksanaan SARA dalam membantu golongan B40 dan isu laporan kelewatan bayaran yang diterima sebahagian penerima di luar bandar.
Pada Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa peruntukan bagi STR dan SARA akan meningkat kepada RM15 bilion di bawah Belanjawan 2026 berbanding RM13 bilion pada 2025, yang dijangka memberi manfaat kepada sembilan juta penerima.
Lim berkata setakat ini, terdapat lebih 5.4 juta penerima SARA bulanan di bawah STR telah direkodkan dengan jumlah kelayakan tahunan sebanyak RM5 bilion.
“Sehingga 13 Okt 2025, lebih 5.34 juta daripada keseluruhan penerima SARA telah menggunakan MyKad mereka untuk membeli barangan asas di premis berdaftar, mencerminkan kadar penggunaan sebanyak 98 peratus secara keseluruhan dengan nilai perbelanjaan sebanyak RM3.3 bilion,” katanya.
Berdasarkan prestasi pelaksanaan program SARA bulanan tahun 2025, katanya kadar penggunaan tertinggi telah dicatatkan di Perlis, Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu dan Kedah dengan 99 peratus tuntutan penggunaan MyKad dalam pembelian di kedai-kedai runcit berdaftar dan seterusnya menafikan kelewatan penggunaan SARA di sebahagian kawasan luar bandar.
Bagi memastikan lebih ramai penerima mendapat akses mudah kepada bantuan ini, katanya setakat 13 Oktober lepas, jumlah kedai Rakan Niaga SARA telah meningkat kepada 8,400 buah kedai di seluruh negara.
“Ini termasuk pasar raya, kedai runcit, kedai koperasi dan pasar mini yang terletak di kawasan bandar, luar bandar dan pedalaman,” katanya.
Menjawab soalan tambahan Siti Zailah berhubung penambahbaikan, mekanisme kawalan ketirisan dan kajian impak jangka panjang dalam memastikan program SARA benar-benar membantu golongan sasaran tanpa menjejaskan kedai runcit mikro, katanya MoF menggalakkan kedai runcit atau peniaga menyertai program Rakan Niaga SARA dengan membuat permohonan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked