Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PELAJAR PEREMPUAN MAUT DITIKAM DI PETALING JAYA

DALAM NEGARA

PELAJAR PEREMPUAN MAUT DITIKAM DI PETALING JAYA

Seorang pelajar perempuan tingkatan empat maut disyaki ditikam seorang pelajar lelaki dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya pagi tadi. 

Sumber: Media Sosial

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan tingkatan empat maut disyaki ditikam seorang pelajar lelaki dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya pagi tadi. 

Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Ismail berkata dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi itu, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian yang berlaku di dalam kawasan sekolah manakala suspek berumur 14 tahun yang merupakan pelajar sekolah sama telah berjaya ditahan.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan kenyataan lanjut mengenai kes berkenaan akan dikongsi oleh Ketua Polis Selangor dalam masa terdekat,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Kempen Anti Buli di sini hari ini.

Terdahulu, media memetik sumber melaporkan seorang pelajar perempuan sebuah sekolah di Petaling Jaya maut disyaki ditikam seorang pelajar lain pagi tadi.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading