POLIS TAHAN TUJUH INDIVIDU, RAMPAS DADAH BERNILAI RM25.15 JUTA
Polis percaya berjaya menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah di Lembah Klang dengan penahanan tujuh individu dan merampas 203.1 kilogram (kg) dadah pelbagai jenis bernilai RM25.15 juta dalam beberapa serbuan di Subang Jaya dan Serdang pada 1 dan 5 Okt lepas.
SHAH ALAM: Polis percaya berjaya menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah di Lembah Klang dengan penahanan tujuh individu dan merampas 203.1 kilogram (kg) dadah pelbagai jenis bernilai RM25.15 juta dalam beberapa serbuan di Subang Jaya dan Serdang pada 1 dan 5 Okt lepas.
Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata selain penahanan enam lelaki dan seorang wanita berusia 30 hingga 56 tahun itu, pihaknya turut menyita pelbagai aset dianggar bernilai RM158,350 terdiri daripada tiga kenderaan dan wang tunai.
Beliau berkata hasil tangkapan pertama terhadap tiga lelaki kira-kira 5.50 petang, 1 Okt di dalam sebuah kenderaan di hadapan sebuah rumah di Subang Jaya, polis merampas syabu seberat 50.30 gram.
“Polis kemudian memeriksa rumah teres dua tingkat itu dan menahan dua lagi lelaki serta seorang wanita, selain merampas 1.59 kg syabu serta ekstasi seberat 100 gram,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Berdasarkan soal siasat terhadap suspek, polis kemudian menyerbu sebuah rumah di Subang Jaya dan merampas pil serta serbuk ekstasi seberat 111.89 kg, heroin (20.4 kg), heroin base (1.8 kg) serta 17 botol berisi cecair kimia dan tiga botol berisi serbuk kimia.
Shazeli berkata siasatan mendapati rumah teres itu dijadikan tempat penyimpanan sebelum dadah itu diedar di sekitar Lembah Klang, selain premis itu turut dalam proses dijadikan makmal pemprosesan dadah.
“Lima daripada enam individu terbabit mempunyai rekod lampau atas kesalahan dadah dan kesemua mereka didapati positif dadah,” katanya.
Dalam kes kedua, Shazeli berkata pihaknya membongkar taktik licik seorang mekanik menggunakan kenderaan utiliti sukan (SUV) yang diubah suai di bahagian but untuk mengedar dadah selepas ditahan di tepi jalan sekitar kawasan Serdang pada 1 pagi, Ahad lepas.
Beliau berkata pemeriksaan pada ruangan khas yang memerlukan kad akses untuk dibuka itu menemukan 63.7 kg syabu dan 20.1 kg pil ekstasi yang dianggarkan bernilai RM5.4 juta.
“Ruang berkenaan dipercayai diubah suai dengan kos melebihi RM100 dipercayai bagi memuatkan semua dadah berkenaan yang diisi dalam beberapa beg pakaian,” katanya menambah dadah yang dirampas dipercayai untuk pasaran sekitar Selangor dan Johor.
Shazeli berkata lelaki berumur 39 tahun itu yang turut menjalankan perniagaan alat ganti dan baik pulih kenderaan import dipercayai pernah terlibat dalam penghantaran dadah sekitar Selangor dan Johor dengan upah antara RM1,000 hingga RM3,000 bagi setiap penghantaran.
Lelaki terbabit yang memiliki dua rekod berkaitan dadah dan positif terhadap dadah kini direman seminggu untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked