KERAJAAN CADANG NAIKKAN CUKAI VAPE DARIPADA 40 SEN KEPADA RM4 PER MILILITER
Kementerian Kesihatan (KKM) mencadangkan supaya kadar cukai ke atas cecair rokok elektronik atau vape dinaikkan sebanyak 10 kali ganda, daripada 40 sen kepada RM4 bagi setiap mililiter (ml).
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mencadangkan supaya kadar cukai ke atas cecair rokok elektronik atau vape dinaikkan sebanyak 10 kali ganda, daripada 40 sen kepada RM4 bagi setiap mililiter (ml).
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata cadangan itu telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan (MOF) bagi menyelaraskan kadar cukai produk vape dengan produk tembakau konvensional.
“Cukai produk rokok bagi satu batang rokok bersamaan dengan 10 sedutan atau puff yang dihasilkan. Satu kotak rokok pula bersamaan dengan kira-kira 200 sedutan. Bagi produk vape, satu mililiter cecair dikenakan cukai bersamaan 100 sedutan, manakala dua mililiter bersamaan 200 sedutan.
“Kadar cukai yang dicadangkan ialah daripada 40 sen kepada RM4 bagi setiap mililiter, dan cadangan ini telah dikemukakan oleh KKM untuk pertimbangan MOF,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) yang ingin tahu sama ada KKM akan mencadangkan kenaikan cukai produk vape seperti produk tembakau, termasuk menerusi Belanjawan 2026, sebagai langkah segera sebelum pelaksanaan pengharaman penuh penggunaan vape.
Lukanisman berkata cadangan pengharaman sepenuhnya terhadap rokok elektronik di Malaysia dijangka dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada tahun ini bagi mendapatkan persetujuan dasar untuk pelaksanaannya.
“… kita akan mengemukakan satu memorandum Jemaah Menteri kepada Kabinet untuk mempertimbangkan pengharaman secara sepenuhnya dan mendapatkan dasar bagi memulakan tindakan pengharaman terhadap vape,” katanya.
Beliau menjawab soalan tambahan Kapten (B) Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (PN-Tanjong Karang) yang ingin tahu sebab KKM sebagai agensi utama dalam menjaga kesihatan awam masih belum mengambil langkah tegas untuk mengharamkan penggunaan vape di peringkat nasional.
Lukanisman turut mendedahkan bahawa Analisis Kesan Peraturan (RIA) yang dijalankan KKM sebelum ini menganggarkan sebanyak RM244.8 juta telah dibelanjakan untuk merawat penyakit E-Cigarette or Vaping Product Use-Associated Lung Injury (Evali) yang berpunca daripada penggunaan vape.
Beliau berkata sekiranya perkara itu berterusan, kos rawatan penyakit itu boleh mencecah antara RM300 juta hingga RM400 juta menjelang 2030.
Menurutnya, langkah pengharaman sepenuhnya vape juga selaras dengan pendekatan beberapa negara ASEAN seperti Brunei, Singapura dan Laos yang telah melaksanakannya lebih awal.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager