AHLI KIMIA SAHKAN DARAH PADA HELAIAN KERTAS DIARI SEPADAN DNA ZARA QAIRINA
Seorang ahli kimia memberitahu Mahkamah Koroner Kota Kinabalu hari ini bahawa kesan darah yang terdapat pada dua helaian kertas diari mengandungi tulisan tangan Zara Qairina Mahathir, sepadan dengan profil asid deoksiribonukleik (DNA) diperolehi daripada spesimen tulang remaja itu.
KOTA KINABALU: Seorang ahli kimia memberitahu Mahkamah Koroner di sini hari ini bahawa kesan darah yang terdapat pada dua helaian kertas diari mengandungi tulisan tangan Zara Qairina Mahathir, sepadan dengan profil asid deoksiribonukleik (DNA) diperolehi daripada spesimen tulang remaja itu.
Pengarah Kanan di Pusat Pengurusan Kualiti dan Penyelidikan Jabatan Kimia Malaysia, Selangor Nor Aidora Saedon, 52, berkata kesan darah yang ditemukan pada dua helaian kertas dengan dilabelkan sebagai “Y1” dan “Y8”, masing-masing meliputi dua dan tujuh kawasan.
Saksi ke-17 itu mendedahkan perkara berkenaan ketika membacakan pernyataan saksinya pada hari ke-18 prosiding inkues kematian Zara Qairina, di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.
“Kesan darah itu konsisten antara satu sama lain serta berpadanan dengan profil DNA didapati daripada spesimen tulang Zara Qairina. Ini menunjukkan bahawa DNA yang dikenal pasti berasal daripada individu yang sama. Kertas ‘Y1’ dan ‘Y8’ adalah saling melengkapi antara satu sama lain,” kata Nor Aidora.
Selain itu, saksi berkenaan yang berpengalaman selama 26 tahun sebagai ahli kimia berkata terdapat kesan darah ditemukan pada kertas berlabel ‘WK15(9)(a)’ dan kesan DNA surih pada buku berlabel ‘WK13’ juga adalah sepadan.
Beliau berkata DNA surih adalah DNA yang terhasil daripada ‘Contact of Transfer’ yang merupakan sentuhan ataupun air liur.
“Satu profil DNA campuran yang terdiri daripada seorang penyumbang major perempuan dan sekurang-kurangnya dua penyumbang minor telah diperoleh daripada kesan darah pada ‘Y8’ meliputi kawasan ‘Y8(i)’ dan kesan DNA surih pada beg alat tulis berlabel ‘WK1(a)’, buku ‘WK9’ dan ‘WK14’ serta selimut ‘WK27’.
“Profil DNA didapati daripada spesimen tulang Zara Qairina, adalah merupakan penyumbang major kepada profil DNA campuran ini manakala penyumbang-penyumbang minor tidak dapat ditentukan secara konklusif,” katanya.
Terdahulu, Nor Aidora memberitahu mahkamah bahawa pada 11 Ogos lepas, beliau menerima sebanyak 37 ekshibit merangkumi bungkusan kertas, sampul barang bukti dan beg spesimen seperti putik kapas yang terdapat kesan darah, kuku dan tulang daripada seorang pegawai polis.
Nor Aidora berkata beliau kemudian menerima satu beg barang bukti bertanda ‘Y8’ daripada seorang lagi pegawai polis pada 20 Ogos dan kesemua barang ekshibit berada dalam keadaan sempurna dan masih ‘intact’.
“Sepanjang proses analisis dijalankan, kesemua ekshibit tidak pernah ditinggalkan tanpa kawalan saya. Saya dapat memastikan bahawa kesemua ekshibit tidak diusik kerana semasa menerima kesemuanya bermeterai dan saya yang membuka setiap ekshibit tersebut.
“Selepas menganalisisnya, saya telah memeriksa semula setiap ekshibit dan memasukkannya ke dalam sampul asal dan memeterainya semula,” katanya sambil memberitahu proses analisis DNA dijalankan melalui empat langkah iaitu ekstrasi DNA, kuantitasi DNA, amplifikasi DNA dan elektroforesis DNA.
Prosiding bersambung petang ini.
Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, di sini pada 17 Julai selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran dengan asrama sekolahnya pada 4 pagi 16 Julai.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager