Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata antara tujuh yang ditahan itu termasuk anak bekas pemimpin Al-Arqam Ashaari Mohammad serta anak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISBH.
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan tujuh lagi individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn Bhd (GISBH) bagi membantu siasatan kes pemerdagangan orang.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata antara tujuh yang ditahan itu termasuk anak bekas pemimpin Al-Arqam Ashaari Mohammad serta anak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISBH.
Kesemua mereka yang berumur antara 32 hingga 35 tahun, merupakan kumpulan Remaja Pembela Ummah (RPU) GISBH, ditahan di empat lokasi berasingan di dalam negara bermula malam tadi hingga awal pagi ini.
“Pasukan serbuan dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman telah membuat tangkapan di empat lokasi yang bermula pada 11 malam semalam hingga 4.07 pagi tadi. Kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 26 Sept.
“Soal siasat masih dijalankan dan kesemua suspek kini ditempatkan di Lokap Berpusat Shah Alam. Kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007,” katanya ketika dihubungi hari ini.
RPU mendakwa mereka merupakan golongan belia dan remaja di bawah syarikat GISBH yang mempraktikkan Islam sebagai cara hidup dan bersilaturahim dengan seluruh lapisan masyarakat di dalam dan luar negara dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan.
Dalam pada itu, Razarudin meminta bekas pengikut GISBH atau orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu pihak berkuasa dalam siasatan membabitkan rumah amal kendalian syarikat itu yang melakukan pengabaian, penganiayaan, penderaan dan salah laku seksual.
“Bekas pengikut GISBH yang pernah mempunyai pengalaman sama dan ada maklumat berkaitan pengabaian, penganiayaan, penderaan dan salah laku seksual di rumah amal itu juga diminta tampil bagi membantu siasatan.
“Kita juga akan berbincang dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkaitan aktiviti dan siasatan GISBH ini,” katanya.
Semalam, PDRM menahan 24 individu penting yang dikaitkan dengan GISBH termasuk pengurusan tertinggi syarikat itu dalam tangkapan di Kedah dan ibu negara menerusi Op Global, menjadikan keseluruhan 31 individu telah direman setakat ini.
Minggu lepas, JSJ Bukit Aman menyerbu 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan yang dikaitkan dengan GISBH menerusi Op Global dan berjaya menyelamatkan 392 kanak-kanak dan remaja berumur setahun hingga 17 tahun.
Pada Selasa, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menitahkan PDRM supaya menjalankan siasatan segera dan menyeluruh berkaitan isu jenayah serta penganiayaan kanak-kanak yang dikaitkan dengan rumah amal GISBH.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.