KANAK-KANAK PEREMPUAN DUA TAHUN DITEMUKAN LEMAS DALAM LONGKANG
Sebelum kejadian, arwah keluar bermain bersama abangnya yang berusia tiga tahun. Selepas itu, mereka pulang ke rumah sebelum dia keluar semula tetapi tiada sesiapa menyedari dia keluar bersendirian.
ALOR SETAR: Luluh hati seorang datuk apabila melihat cucu perempuan kesayangannya ditemukan lemas di dalam longkang di Lorong Seri, Jalan Langgar dekat sini malam tadi.
Mohd Hamidan Hashim, 38, berkata dia turun ke dalam longkang yang dipenuhi air sebaik cucunya, Nur Aisha Misya Afifah Abdul Fattah, 2, ditemukan dalam keadaan sudah tidak bernyawa.
“Sebelum kejadian, arwah keluar bermain bersama abangnya yang berusia tiga tahun. Selepas itu, mereka pulang ke rumah sebelum dia keluar semula tetapi tiada sesiapa menyedari dia keluar bersendirian.
“Semasa kejadian, longkang memang dipenuhi air berikutan kawasan itu dilanda banjir sehingga tidak nampak longkang, tambahan pula longkang di situ tidak bertutup,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah di sini hari ini.
Mohd Hamidan berkata sebaik menerima panggilan daripada ibu arwah, Siti Nurfarhana Abdullah, 18, yang memaklumkan cucunya hilang, dia terus bergegas pulang ke rumah dari tempat kerja dan mula mencari arwah sehingga ke Sungai Kedah.
“Sebelum saya pulang, orang kampung tolong carikan dulu di kawasan sekitar tetapi tidak jumpa. Saya pun cari dia lebih dua jam sebelum jasad cucu saya timbul selepas air mulai surut … awalnya saya ingatkan anak patung tapi selepas menyedari itu cucu saya, saya terus masuk ke dalam longkang dan angkat cucu saya naik ke tepi longkang.
“Saya panggil nama dia ‘Ecah’ tetapi memang dia sudah tiada kerana mukanya kebiruan dan seluruh badannya mengeras … semasa angkat arwah, air mata saya tidak berhenti mengalir,” katanya.
Mohd Hamidan berkata arwah ialah cucu kedua dan terlalu rapat dengannya serta memanggilnya dengan panggilan ‘Abah’.
“Arwah ada menunjukkan sedikit perubahan apabila tidak mahu makan dan berubah menjadi senyap.
“Dia seorang yang sangat ceria tetapi Rabu lepas, dia banyak menyendiri dan tidak mahu bermain dengan abangnya. Abangnya masih tidak faham yang adiknya sudah tiada, dia cuma kata adiknya sedang tidur.
“Jenazah arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Irfan, Derga selepas proses bedah siasat selesai,” katanya.
Sementara itu, pihak polis belum mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian berkenaan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked