Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Pompeo bertemu bekas tahanan Uighur

DUNIA

Pompeo bertemu bekas tahanan Uighur

Penyokong etnik minoriti Uighur mengadakan protes pada Februari lalu. – Foto AFP

WASHINGTON – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Mike Pompeo, mengulangi gesaan agar China menghentikan penahanan Muslim Uighur di negara berkenaan.

“Kami menuntut kerajaan China segera melepaskan etnik Uighur yang ditahan sewenang-wenangnya di kem tahanan,” kata kenyataan Jabatan Negeri AS.

Pompeo mengulangi desakan tersebut susulan pertemuan dengan Mihrigul Tursun, seorang bekas tahanan warga Uighur yang secara terbuka di AS, membicarakan penderitaan yang dialami ketika di kem tahanan. Menurut Mihrigul, dia dipisahkan daripada anak- anaknya dan ditahan dalam bilik sempit bersama-sama 60 wanita lain.

Dia turut dipukul dan dikenakan renjatan elektrik ketika soal siasat yang dijalankan.

Pompeo turut dilapor bertemu tiga lagi etnik minoriti Uighur yang mana ahli keluarga mereka telah ditahan kerajaan China.

Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengatakan, China telah menahan hampir sejuta warga Uighur dalam usaha mengintegrasi kumpulan minoriti terbabit.

Pompeo berkata, pihaknya berusaha meyakinkan kerajaan China bahawa penahanan yang dilakukan adalah bersifat kejam dan harus dihentikan.

Menurut laporan yang dibentangkan Pegawai Jabatan Negara, Michael Kozak, tahanan Muslim Uighur dipaksa memakan daging babi dan meminum arak bertujuan melemahkan semangat dan menghasut mereka meninggalkan agama Islam.

China menafikan dakwaan melakukan penahanan besar-besaran, sebaliknya ia mendakwa menjalankan kem ‘latihan’ sebagai langkah menangani pengaruh ekstremis di wilayah Xinjiang. – SINAR ONLINE


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading