WELLINGTON, NEW ZEALAND – Ribuan
penduduk New Zealand hari ini menghadiri upacara memperingati mangsa pembunuhan
oleh pelampau kulit putih warga Australia dalam serangan di dua masjid di
Christchurch dua minggu lalu.
Hadirin upacara memperingati mangsa pembunuhan Christchurch di Hagley Park. FOTO REUTERS
Suasana hening, hadirin senyap berdiri menekurkan kepala tatkala 50
nama mangsa dibacakan dengan kuat.
Upacara itu diiringi doa oleh penyanyi terkenal Britain, Cat Stevens
atau nama Islamnya, Yusuf Islam. Beliau juga mendendangkan lagu “Peace Train”,
lagu yang berkisar tentang sebuah impian mengangkut generasi untuk ke dunia
yang lebih baik.
Lirik lagu “Peace Train” nyanyian Cat Steven dalam upacara hari ini tepat dan sesuai dengan hasrat kedamaian yang diingini setelah tragedi yang berlaku.
Lagu dan penyanyi yang dipilih bertepatan dengan suasana dan upacara
itu, di mana tragedi terancang itu menunjukkan dunia ini semakin bobrok dan
berantakan oleh salah faham antara bangsa dan agama.
Bertemakan ‘Kita Adalah Satu’, ia ditayangkan secara langsung oleh stesen
televisyen rasmi New Zealand yang dihadiri Perdana Menteri Jacinda Ardern juga disertai
wakil 59 negara, rakan sejawat dari Australia, Scott Morrison serta puluhan
ribu tetamu lain.
Jacinda Ardern hadir ke upacara memperingati 50 mangsa pembunuhan oleh Brenton Tarrant di Hagley Park. FOTO REUTERS
Ardern yang memakai jubah tradisional Maori memuji rakyat New Zealand
yang bertindak mendekati dan membantu masyarakat Islam susulan serangan itu.
Datuk Bandar Christchurch, Lianne Dalziel menyatakan tragedi itu adalah
serangan ke atas semua penduduk bandar berkenaan.
Speaker memberi penghormatan kepada mangsa yang maut dan mereka yang
terselamat dalam serangan itu, termasuk 22 orang yang masih dirawat di
hospital, dan antaranya termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia empat
tahun yang dalam keadaan kritikal.
Azra Chida yang kehilangan dua sahabat karib, Linda Armstrong dan Ata
Elayyan datang dari Auckland untuk turut sama memberi penghormatan kepada
mangsa dan melawat keluarga mereka serta mangsa di hospital.
Manakala penduduk tempatan, Bobby Turner pula memberitahu, kehadiran
beliau adalah atas semangat perpaduan dan membuktikan keprihatinan. Beliau yang
menyifatkan tragedi itu sebagai malapetaka amat dahsyat itu juga kesal kerana
mangsa ditembak dalam menunaikan hak individu mereka iaitu sewaktu beribadat.
“Waktu sembahyang seharusnya berlangsung dengan penuh ketenangan dan
dipenuhi rasa cinta terhadap agama,” katanya, sebagaimana laporan AFP.
Tetamu juga berpeluang mendengar ucapan daripada mangsa terselamat.
Antara ucapan paling menusuk sanubari disampaikan oleh Farid Ahmed yang
kehilangan isterinya Husna dalam kejadian itu. Husna terbunuh untuk
menyelamatkan Farid yang kurang upaya dan berkerusi roda.
Farid Ahmed, mangsa yang terselamat dalam serangan Christchurch memaafkan Tarrant demi kasih sayang yang dianjurkan agama Islam.
Farid memaafkan pengganas, Brenton Tarrant demi meraih kasih sayang
Allah, kerana baginya Allah menyayangi orang yang suka memaafkan antara satu
sama lain.
“Saya tidak mahu membawa hati yang sarat menggelegak seperti gunung
berapi, penuh kemarahan dan dendam. Ia akan membakar diri dan persekitaran.
“Saya mahu hati penuh kasih sayang dan ihsan. Hati ini tidak mahu lagi ada kehilangan, dan saya berharap tidak ada orang lain melalui apa yang saya lalui sekarang”, ucap Farid sebagaimana laporan dikeluarkan AFP.
Sifat pemaaf Farid menewaskan sebuah kebencian dan kejahatan yang dipromosi oleh Tarrant. Sekaligus ia membuktikan Islam itu menyeru perdamaian, sebagaimana maksud Islam itu sendiri – selamat dan sejahtera.
Sifat redha dan perasaan cinta yang subur dalam diri Farid adalah satu dakwah kepada masyarakat bukan Islam dan mereka yang diserang wabak Islamofobia, dan pengorbanan Husna, isterinya mungkin suatu tanda Islam akan mekar di bumi kiwi.
Menyifatkan serangan yang diinspirasikan oleh kebencian dan bertujuan
memecah belah perpaduan masyarakat yang aman di negara Selandia Baru itu
sebagai gagal, Farid merumuskan satu hikmah daripadanya, ia lebih menyatukan mereka.
Setelah tragedi itu, suatu suasana yang lebih akrab dan melahirkan perasaan
kasih dan sayang tidak berbelah bahagi, tanpa mengira asal usul serta keturunan
telah semarak dalam kalangan mereka.
Sifat redha dan perasaan cinta yang subur dalam diri Farid adalah satu dakwah kepada masyarakat bukan Islam dan mereka yang diserang wabak Islamofobia, dan pengorbanan Husna, isterinya mungkin suatu tanda Islam akan mekar di bumi kiwi.
*ROZAIS AL-ANAMY adalah penulis sastera dan penulis bebas di akhbar, majalah dan portal di Malaysia.
PENAFIAN: Hijrah Online tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui rencana ini. Ia adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab penulis.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests