Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

30 rumah musnah di Gaza

DUNIA

30 rumah musnah di Gaza

GAZA, 27 Mac 2019 —Sebanyak 30 buah rumah musnah sama sekali sementara 500 yang lain mengalami kerosakan dalam serangan udara tentera yang bermula petang Isnin sebagaimana yang dilaporkan oleh Menteri Buruh Palestin, Mofeed al-Hasaina, hari ini.

Haluan Palestin melaporkan serangan kali ini merupakan keganasan tentera Zionis yang paling besar selepas serangan musim panas tahun 2014. Lebih 50 serangan udara telah dilancarkan, dengan menyasarkan pos-pos pejuang Palestin, rumah dan apartmen awam, bangunan komersial, serta kawasan pertanian.

Antara bangunan yang musnah adalah pejabat Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh, yang terletak di kejiranan Rimal di kota Gaza dan bangunan tiga tingkat milik syarikat insuran al-Multazem di kejiranan Sabra, juga di kota Gaza.

Manakala di utara Gaza, Masjid Omar Ibn Abdel Aziz di Beit Hanoun hampir musnah keseluruhannya selepas dibom.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading