PROSEDUR PERMOHONAN SIJIL HALAL DIPENDEKKAN KEPADA 15 HARI BEKERJA
Penambahbaikan itu bertujuan merancakkan industri halal negara berikutan sebelum ini, tempoh permohonan sijil halal mengambil masa agak lama hingga sembilan bulan.
KUANTAN: Tempoh memproses pensijilan halal dipendekkan kepada 15 hari bekerja berbanding 23 hari sebelum ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penambahbaikan itu bertujuan merancakkan industri halal negara berikutan sebelum ini, tempoh permohonan sijil halal mengambil masa agak lama hingga sembilan bulan.
“Dulu sembilan bulan, kita kurangkan enam bulan (kemudian) kurangkan pada tiga bulan. Daripada tiga bulan, saya minta 23 hari dan itu kita telah capai. (Sekarang) kita kurangkan kepada 15 hari.
“Ini telah berjalan dan setakat ini, kami berpuas hati dengan apa yang sedang berjalan. Kolaborasi antara JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dengan pelbagai pihak seperti HDC (Halal Development Corporation Bhd) dengan MATRADE (Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia) dan akademi halal,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Program Halal On Track (HOT) @ Pahang di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Menteri Besar Pahang Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail.
Ahmad Zahid berkata penambahan 100 juruaudit halal JAKIM yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2025 semalam, dapat membantu ke arah mempercepat serta melancarkan lagi proses pengeluaran sijil halal bagi memenuhi permintaan dalam mahupun luar negara.
Buat masa ini, beliau berkata JAKIM sudah bekerjasama dengan lima institusi pengajian tinggi (IPT) bagi menyediakan juruaudit halal yang akan turut menjadi pegawai bagi menentukan piawaian halal dan ditempatkan di syarikat sudah mempunyai sijil halal bagi memastikannya mematuhi piawaian ditentukan.
“Ini secara tidak langsung (akan) membuka peluang kepada mereka yang asalnya berada di Maahad Tahfiz , pemegang diploma atau ijazah dari beberapa institusi pengajian tinggi yang telah mengikuti kursus ini untuk bekerja di syarikat-syarikat (ini) terutamanya syarikat yang mengeksport produk ke luar negara.
“… untuk memastikan bahawa kita tidak akan berkompromi dari segi Halalan Toyyiban yang telah ditentukan oleh JAKIM,” katanya.
Dalam pada itu, beliau yang juga Pengerusi Majlis Halal Malaysia dalam ucapannya berkata dalam merancakkan industri halal negara, ia tidak boleh dilakukan secara sendiri tetapi perlu bersama dalam mencipta pengubah keadaan khususnya dalam aspek pensijilan halal.
“Kita perlu mendengar semua maklum balas dan menambah baik proses pensijilan. Melalui bengkel halal, beberapa inisiatif utama telah dicadangkan untuk mempercepat proses kelulusan dan mengurangkan kadar kegagalan permohonan.
“Antaranya, memastikan pemilik industri pengurusan tertinggi, penyelia, dan eksekutif halal menerima latihan menyeluruh mengenai keperluan pensijilan. Saya percaya pemain industri perlu dibimbing dengan maklumat tepat dan berlandaskan undang-undang yang jelas. Hanya dengan ini, proses pensijilan halal dapat dipermudah dan risiko kegagalan dapat diminimumkan,” katanya.
Melihat usaha bimbingan itu dapat dibantu menerusi program Halal On Track (HOT)yang diperkenalkan pada Ogos tahun lepas, beliau berkata program tersebut membuktikan komitmen Kerajaan Perpaduan dalam memacu pertumbuhan industri halal negara.
Menerusi program ini, beliau berkata ia bukan sahaja sebagai platform menyediakan pelbagai maklumat tetapi juga membuka peluang perniagaan kepada pemegang sijil halal, mendapat bimbingan dan latihan yang dapat memenuhi keperluan pensijilan.
“Harapan saya agar Halal On Track menjadi platform yang memperkasakan rantaian nilai halal, di peringkat domestik dan antarabangsa, dengan melahirkan lebih ramai usahawan yang mampu menerajui pasaran global halal.
“Di peringkat domestik, data jelas menunjukkan peningkatan dalam permohonan sijil halal setiap tahun. Pada 2023, kita menerima 15,605 permohonan meningkat daripada 14,977 pada tahun sebelumnya (2022).
“Setakat September 2024, sebanyak 14,707 permohonan telah diterima dan saya percaya angka ini akan mencecah lebih 16,000 lebih-lebih lagi dengan usaha dilakukan seperti pelaksanaan HOT ini,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager