Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

RATUSAN WARGA PALESTIN PROTES DI LUBNAN

DUNIA

RATUSAN WARGA PALESTIN PROTES DI LUBNAN

BEIRUT: Ratusan pelarian Palestin di Lubnan melakukan protes bantahan pelan damai “Perjanjian Abad Ini” Amerika Syarikat (AS) di kem Al Rashidiya di Tyre, demikian laporan portal Elnashra.

Xinhuanet melaporkan, protes itu sebagai tanda sokongan kepada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas yang mengadakan pertemuan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini untuk menentang pelan damai AS dan menuntutnya mematuhi undang-undang antarabangsa.

“Perjanjian Abad Ini Trump ditolak kerana tidak memenuhi tuntutan dan aspirasi rakyat Palestin ketika ia meningkatkan pencabulan wilayah Palestin oleh Israel,” kata Ketua Pergerakan Fatah di Beirut, Serhan Youssef kepada agensi berita Xinhua.

Youssef berkata rakyat Palestin di seluruh dunia akan menentang perjanjian ini dan satu-satunya penyelesaian ialah pembentukan negara Palestin dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kota selain jaminan hak pelarian Palestin untuk pulang semula ke tanah air mereka.

Beliau berharap masyarakat antarabangsa akan menyokong rakyat Palestin menuntut hak mereka. — Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading