Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

REMAJA 14 TAHUN HILANG DIPERCAYAI LARI IKUT TEMAN LELAKI

DALAM NEGARA

REMAJA 14 TAHUN HILANG DIPERCAYAI LARI IKUT TEMAN LELAKI

Seorang pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tan Sri Hj Abd Aziz Tapa, Jasin, dilaporkan hilang sejak Ahad lalu, dipercayai mengikut teman lelakinya.

JASIN: Seorang pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tan Sri Hj Abd Aziz Tapa, di sini, dilaporkan hilang sejak Ahad lalu, dipercayai mengikut teman lelakinya.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Supt Ahmad Jamid Radzi berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung kehilangan remaja perempuan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin pada Isnin jam 10.32 pagi.

Remaja tersebut dikenali sebagai sebagai Nurwada Asmadi, 14, dilaporkan hilang setelah keluar dari rumahnya di Kampung Chohong, Chin Chin dan mengikut teman lelaki yang tidak dikenali keluarganya.

“Remaja terbabit masih bersekolah dengan butiran fizikal berketinggian sekitar 160 sentimeter dan berat 50 kilogram.

“Pegawai penyiasat telah menemui pihak pengurusan SMK Tan Sri Hj Abd Aziz Tapa serta rakan-rakan mangsa untuk mendapatkan maklumat lanjut.

“Pegawai penyiasat juga telah menyenarai hitamkan butiran orang hilang sebagai individu dikehendaki polis,” katanya dalam satu kenyataan.

Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kehilangan Nurwada boleh menghubungi Sarjan Muhammad Fadzlan Fitri Mis di talian 018 3511594 atau 06 529 2222 (sambungan 319) atau mana-mana balai polis berhampiran.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading