Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

REMAJA LELAKI DIKHUATIRI LEMAS DIHANYUTKAN ARUS DI ROMPIN

DALAM NEGARA

REMAJA LELAKI DIKHUATIRI LEMAS DIHANYUTKAN ARUS DI ROMPIN

Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus dipercayai ketika mencari kepah di Sungai Lubuk Batu, Kota Bahagia, Rompin, semalam. 

KUANTAN: Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus dipercayai ketika mencari kepah di Sungai Lubuk Batu, Kota Bahagia, Rompin, semalam. 

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Mohd Azahari Mukhtar berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian melibatkan mangsa Mohd Iman Daniel Azri, 14, yang beralamat di Felda Keratong 4, Rompin sekitar 5.30 petang. 

Beliau berkata,  menurut maklumat daripada rakan mangsa, remaja itu dihanyutkan arus semasa mereka mencari kepah di sungai berkenaan. 

Katanya operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa telah dijalankan melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta penduduk kampung.

“Bagaimanapun, operasi SAR ditangguhkan pada 8.30 malam dan akan disambung hari ini,” katanya dalam satu kenyataan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading