Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MAYAT LELAKI GELANDANGAN DITEMUKAN DALAM LONGKANG DI BATU PAHAT

DALAM NEGARA

MAYAT LELAKI GELANDANGAN DITEMUKAN DALAM LONGKANG DI BATU PAHAT

Mayat seorang lelaki gelandangan ditemukan di dalam sebuah longkang di Jalan Sultanah, kira-kira pukul 5 petang, semalam.

Sumber Gambar: Media Sosial

BATU PAHAT: Mayat seorang lelaki gelandangan ditemukan di dalam sebuah longkang di Jalan Sultanah, di sini, kira-kira pukul 5 petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah berkata usaha mengeluarkan mayat berkenaan dibantu pasukan bomba dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Batu Pahat.

Beliau berkata hasil pemeriksaan fizikal ke atas tubuh mangsa mendapati tiada sebarang kecederaan yang berunsurkan jenayah dijumpai.

“Mangsa dipercayai telah terjatuh ke dalam longkang binaan batu konkrit itu dan lemas akibat pengaliran air.

“Berdasarkan maklumat orang awam, si mati merupakan seorang gelandangan yang sering kelihatan di kawasan tersebut. Polis sedang berusaha mengenal pasti identiti si mati,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ismail berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

“Polis meminta orang awam yang kehilangan mana-mana individu atau mempunyai maklumat berkenaan si mati supaya tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan serta menghubungi Pusat Kawalan Daerah Batu Pahat di talian 07-436 300,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading