Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

REMAN LELAKI BUNUH, BAKAR TEMAN WANITA HAMIL DISAMBUNG LIMA HARI

DALAM NEGARA

REMAN LELAKI BUNUH, BAKAR TEMAN WANITA HAMIL DISAMBUNG LIMA HARI

Reman seorang lelaki disyaki membunuh dan membakar teman wanitanya yang hamil empat bulan di kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar, disambung lima hari hingga Sabtu.

SHAH ALAM: Reman seorang lelaki disyaki membunuh dan membakar teman wanitanya yang hamil empat bulan di kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar, disambung lima hari hingga Sabtu. 

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt Agus Salim Mohd Alias berkata berkata pelanjutan reman suspek berusia 20 tahun itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Selangor hari ini.

Katanya setakat ini lebih 20 saksi telah dipanggil untuk dirakam kenyataan bagi membantu siasatan kes bunuh tersebut.

Media sebelum ini melaporkan, luka akibat tikaman di dada menjadi punca pelayan restoran itu maut selain dikelar diperut sebelum dibakar teman lelakinya di sekitar kebun kelapa sawit, Jalan Sungai Limau, di sini Isnin lepas.

Agus Salim berkata suspek berusia 20 tahun yang merupakan bekas penuntut kolej, telah membawa mangsa menaiki kereta seterusnya bertengkar dengan wanita tersebut sebelum dipukul di kepala lantas dibunuh di lokasi berkenaan sekitar 10 malam pada 22 Mei lepas.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading