ISTIWA’ A’DZAM: CERAPAN BAYANG, KAEDAH TERBAIK SEMAK ARAH KIBLAT

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kaedah cerapan bayang menerusi fenomena Istiwa’ A’dzam yang berlaku semalam, merupakan kaedah terbaik untuk menyemak arah kiblat.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan(PMWP), ia dibuktikan oleh Unit Falak PMWP Cawangan Labuan selepas melakukan semakan arah kiblat di Masjid al-Sultan Abdullah, Kampung Sungai Bedaum, Wilayah Persekutuan Labuan.

“Semakan kali ini mengguna pakai kaedah cerapan bayang sempena fenomena Istiwa’ ‘A’dzam yang berlaku dua kali setahun,pada 28 Mei jam 5:18 petang dan 16 Julai 5:28 petang.

“Semakan kali ini berjaya menghasilkan dua dapatan,semakan mendapati arah kiblat bagi masjid ini adalah tepat mengarah ke arah kiblat manakala semakan menggunakan peralatan kompas komersial tidak menunjuk ke arah kiblat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Bagaimanapun, orang ramai masih boleh menggunakan aplikasi kompas digital pada peranti pintar sebagai alternatif sekiranya tiada kaedah lain yang lebih tepat untuk dijadikan sandaran selain perlu mahir menggunakannya.—AlHijrah Online

Leave a Reply