Sekurang-kurangnya lima bandar disasarkan untuk diiktiraf sebagai pelaksana awal bandar pintar menjelang tahun 2025 iaitu dalam tempoh akhir Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya lima bandar disasarkan untuk diiktiraf sebagai pelaksana awal bandar pintar menjelang tahun 2025 iaitu dalam tempoh akhir Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Menurut laporan Kajian Separuh Penggal RMK12 (KSP) yang dikeluarkan Kementerian Ekonomi hari ini usaha akan diambil untuk mempercepat penarafan bandar pintar berdasarkan piawaian Bandar dan Komuniti yang Mampan-Indikator Bandar Pintar (MS ISO 37122:2019).
“Usaha tersebut akan membolehkan pihak berkuasa tempatan untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan dan menarik lebih banyak pelaburan,” menurut kajian itu.
Dalam pada itu, bagi memperkukuh pembangunan ke arah Bandar Berdaya Tahan, penerimagunaan Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) akan diberi penekanan untuk menangani kawasan bandar yang sering dilanda banjir.
Menurut KSP, sehubungan itu perancangan guna tanah dalam rancangan struktur negeri dan rancangan tempatan akan dijajarkan dengan PISMA untuk menambah baik sistem perparitan di kawasan bandar bagi mengurangkan kejadian banjir besar.
Sementara itu, usaha akan diambil untuk menangani kesan daripada kadar perbandaran yang pesat dan perubahan iklim ke atas bandar bagi mempercepat pembangunan bandar mampan.
“Dalam tempoh akhir RMK12, penekanan akan diberi untuk memperkukuh pembangunan ke arah bandar yang berdaya tahan dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat bandar. Langkah ini akan menyumbang ke arah kualiti hidup yang lebih baik di bandar sejajar dengan matlamat Agenda 2030,” menurut kajian itu.
Sementara itu, bagi memanfaatkan potensi ekonomi luar bandar, tanah terbiar yang bersesuaian di kawasan itu akan dikenal pasti dan dimanfaatkan untuk aktiviti pertanian moden berasaskan komuniti di bawah Inisiatif Usahawan Tani (INTAN).
Menurut KSP, bantuan akan disediakan untuk kos infrastruktur, input pertanian, latihan dan khidmat nasihat teknikal serta akan dilaksana melalui kerjasama dengan entiti yang membeli secara kontrak dan mempunyai reputasi baik.
Selain itu, KSP memaklumkan pendapatan petani luar bandar akan ditingkatkan melalui aktiviti pertanian tambahan dan berskala besar seperti penanaman durian, avokado, nanas selain benih, baja serta khidmat nasihat akan disediakan bagi menyokong aktiviti tersebut.
Menurut KSP inkubator untuk syarikat pemula akan disediakan dengan ekosistem sokongan, termasuk pementoran, kemudahan penyelidikan dan pembangunan serta peralatan perniagaan yang dikongsi bersama.
“Landskap semula jadi dan biodiversiti serta warisan budaya dan cara hidup tradisional di kawasan luar bandar juga akan dipelihara untuk menggalakkan pelancongan luar bandar. Pelaksanaan inisiatif ini akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan komuniti luar bandar,” menurut kajian itu.
— AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests